Sunday 28 July 2013

eleh! ko ingat ko baik ke?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^
Hati aku tergerak untuk menaip satu, dua perkara yang perlu sangat aku nak tau..
oppppss! pasal tajuk atas tu, aku buat gempak sikit, sebab aku nak orang singgah kejap dan baca apa yang aku ingin tulis. Mungkin boleh di ambil pengajaran.

Dulu, aku seorang yang freehair, (pernah aku citer kat post aku yang lepas2). Bercouple pun aku pernah, suka tukar-tukar bf. Aku suka bagi gambar freehair aku dekat bf2 aku, tapi bila Allah dah bagi hidayah dekat aku, aku mula menyesal dengan setiap apa yang aku lakukan. Persoalan nya sekarang, adakah aku masih berdosa jika lelaki ajnabi menatap gambar aku yang masih freehair biarpun aku dah paksa buang tapi dorang tetap taknak buang? berdosa kah aku?? Facebook lama aku, aku pernah post gambar aku freehair tapi kena hack, aku tak tahu nak buat apa. Aku usaha nak ambil balik facebook lama aku, tapi tak dapat. So berdosakah aku bila orang tatap gambar aku yang freehair dekat facebook tu?

Ya Allah! kadang-kadang, aku buntu! hidup aku yang dulu penuh dengan dosa. Aku cuba untuk tidak mengingati kisah silam aku, tapi aku tetap tak dapat! Kadang-kadang, aku terfikir jugak. Ada ke lelaki yang nak perempuan macam aku? hahaha (kecewa).. Bak kata kawan aku, "kau senang je, bila kau dah bosan, kau petik je jari pasti banyak yang nak couple dengan kau." kata-kata yang tu lah yang membuatkan aku LUPA DIRI, aku rasa diri aku hebat! Tapi, sampai bila la semua tu,, hati aku tetap KOSONG. Disebabkan kekosongan tu, aku melangkah untuk terus mencari makna kehidupan. Bila aku dah dapat, aku dah isi hati aku dengan cinta Allah,, aku menyesal dan aku terfikir "nak ke orang terima aku bila orang tau kisah silam aku??".. 

Seorang bf aku, bila aku dah kenal cinta Allah. Aku minta putus, sedaya upaya dia taknak lepaskan. So aku cakap kat dia, kalau betul dia sayang aku, masuk meminang. Jumpa keluarga aku,. Boleh pulak dia cakap belum bersedia. Allah! sakit nye hati aku!!! Dan aku pernah citer kat post aku yang lepas2, ada hamba Allah nak jumpa keluarga aku. Bila aku tanya balik, boleh pulak dia cakap belum bersedia!! Aku tahu, susah orang nak terima aku.. hahaha (ketawa kecewa!)

berbalik kepada soalan aku tadi, berdosa kah aku?? (cek balik, apa aku tanya) ^_^

Nota kaki:
- aku harap, kepada remaja yang kat luar sana. cepat-cepat bertaubat. 
- jangan mudah sangat bagi gambar yang freehair, kan susah (cakap "PADAN MUKA KO")


16 comments:

  1. bg pendapat sylhkn..pnh dgr la msalah mcm ni dr ustaz..psal gmbar 2, xjd msalah dh, sbb awk dh berubah, lgpn awk cuba nk ttp aib semua tu, mknanya dah usaha..yg slebihnya serah pda Allah, bab kapel dn ada org nk msuk meminang...awk btlh solat istiqarah..mn yg lbih baik dn bt awk tenang..awk terima je..smua 2 baik di sisi Allah...bg sy, xplu pn persoalan ada ke x org nk kt awk..bila dia smpurna disisi Allah..msti ramai yg nk =) sy pn cari isteri mcm ni...mstilh nk yg terbaik utk anak2 sy nnti..he3 pnjg pula komen..be positif =)

    ReplyDelete
  2. tetibe tunang , kadang2 kasi masa dulu kumpul duit. lagipun family pun belum tentu berkenan..

    ReplyDelete
  3. semua orang ada kisah silam yg tersendiri ,kalo kita betol2 dah bertaubat inshaAllah Allah permudahkan ..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ingatkah kisah Umar Al-Khattab? jahat dan jahilnya beliau sebelum memeluk islam. sanggup menanam anak perempuannya sediri walaupun beliau sygkan anaknya. just utk mnunjukkan kehebatan beliau.. dan sanggup ingin membunuh Nabi Muhammad saw.. Mcm mna Allah menjanjikan beliau antara 10 0rg sahabat nabi ke syurga? sedangkn seblm islam beliau terlalu jahil? Hal ini adalah disbbkn beliau adlh benteng dlm islam pahlawan paling ditakuti musuh. sahabat paling disayangi nabi. semasa zaman khalifahnya islam berkembang dengan seluas2nya zaman pemerintahanya..
    sifirnya ialah : taubat - dakwah dan cuba sedaya upaya kita untuk menjaga islam.. insyaAllah Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang..
    reset minda- lupakan zaman kegelapan yang lalu...
    "dalam setiap watak ada hati yg inginkan lakonan yg berjaya menuju ke syurga Allah"
    Wallahua'lam ^_^

    ReplyDelete
  6. @S.K.A Terima kasih ^_^ alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. @syuk shusuke sy taknak couple lagi, sy yakin pada janji Allah..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah adik dah jumpa jalan kebahagiaan adik.insyaAllah Allah akan hantarkan insan yg boleh bahagiakan adik lepas ni.cuma 1 pesanan sis : setiap insan ada kisah silam masing2.terima la insan tersebut kerana diri dia sekarang

    ReplyDelete
  9. Allah dah cakap, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu la sebaliknya. InsyaAllah kalau kita dah berubah, Allah akan bagi yang baik2 semuanya :)

    ReplyDelete
  10. jangan hiraukan orang lain .. insyaallah .. sesuatu yang terbaik akan berlaku :) ~

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah, jnji anda sudah berubah :)

    ReplyDelete
  12. semua ada kisah silam..yg penting kita di bukakn hati untuk dekat dengannya..insyaALLAH..ada yg ALLAH telah aturkan untuk kehidupn kita..DIA tidak pernah menyusahkn hmbaNYA...sebaik2 lelaki adalah menerima kita seadanya dan lelaki itu menjaga hubungan baik dengan ALLAH..

    ReplyDelete
  13. sekarang pun hana rasa hana masih xsempurna.. tapi insyallah Allah bagi peluang lagi untuk kita berubah

    ReplyDelete
  14. semoga pengalaman yang lalu menjadi pengajaran kepada kita untuk terus bersemangat untuk melangkah jauh menongkah arus yang bergelora di hari-hari yang mendatang.. langit tidak akan selalu cerah.. adakalanya ia mendung mencurahkan hujan.. yang penting teruskan tekad di dalam hati untuk berubah.. semoga terus beristiqamah di dalam meniti jalan kehidupan yang masih jauh..

    ReplyDelete