Wednesday, 10 July 2013

maaf menyepi ^_^


Assalamualaikum kawan-kawan salam ramadhan ^_^
Maaf lambat menaip, 2 3 hari ni menyepi je sebab banyak fikir :D
Facebook pun aku dah deaktive, nak menghilangkan diri bulan ramdhan ni ^_^ (eh! apa yang aku merepek ni?) hihi..

BERUBAH TU SENANG, ISTIQOMAH TU PAYAH!

kenapa??? sebab ada sebahagian kawan aku dah give up! dulu kami sama-sama berubah, sama jugak dengan someone yang pernah ajar aku tentang erti sabar. Dia jugak dh give up! Ya Allah, aku jugak pernah hampir-hampir give up, tau kenapa?? sebab dalam diri aku masih ada setitik kelemahan. Aku pernah tanya kat diri aku sendiri "adakah perubahan aku akan kekal?" 
tu bukan sebab utama aku hampir give up. Tapi sebab cinta aku kepada Allah kurang berbanding cinta aku kepada manusia. Bila kita cintakan manusia kita akan rasa seolah-olah ujian yang Allah bagi kat kita sangat berat, Allah hantar manusia untuk kutuk kita, perli kita. Tahu tak? manusia itu adalah perantaraan Allah untuk uji iman kita. Bila kita cintakan Allah melebihi cinta kita kepada manusia, kita akan rasa kemanisan ujian Allah. Akan terdetik dalam diri kita kekuatan untuk terus istiqomah.

aku masih ingat lagi kata-kata seorang kawan aku, kami sama-sama berubah tapi dia bukan seorang yang free hair macam aku, dia seorang yang bertudung tapi tidak menutup aurat. Faham tak? hihi 

Dia: along, aku nak berubah.
aku: Alhamdulillah..
Dia: tapi aku nak berubah jadi free hair.
aku: (hanya mampu berdiam, terkedu)
Dia: aku tahu, kau akan cakap semua yang berlaku adalah ujian, tapi aku tak setabah kau. Aku tak kuat.
Terus aku berlalu tanpa sepatah perkataan pun, aku hanya mampu berdoa, masih tidak layak rasanya aku nak menasihat sesiapa sebab aku pernah kena perli sebab bagi nasihat.
"alah, kau pun sama jugak. Macamlah kau takpernah buat macam ni. Pakaian kau pun sama jugak."

Di sebabkan tu lah, aku dah jarang nak bagi nasihat apatah lagi nak tegur. Bila aku tegur elok-elok mula lah kisah silam aku di ungkit. Tahu tak? sedaya upaya aku ingin lupakan semua yang pernah aku lakukan.

Sekarang, aku tak tahu dah macam mana aku nak bagi semangat kat kawan-kawan aku. Aku pernah hampir kembali kepada jahil disebabkan tidak tahan kena perli, tapi cepat-cepat aku sedar. Ayat penguat untuk aku terus bertahan "TIADA YANG MUDAH MELAINKAN APA YANG ALLAH PERMUDAHKAN"

so sekarang, kepada kawan-kawan yang ingin berubah. Berubahlah kerana Allah, bila dah berubah teruskan istiqomah. Anggaplah setiap ujian Allah, adalah satu cara untuk kita terus dekat denganNya.

Heyyy! jangan bila dah kena uji terus nak give up. Ingat, sekali kita melangkah ke hadapan, teruslah melangkah bila kita dah melangkah jangan sesekali menoleh kebelakang jika kita tidak kuat! jika ingin menoleh kebelakang jugak pastikan kita betul-betul dah kuat.

Nota kaki:
  •   maaf agak tidak tersusun, masih banyak yang aku fikirkan :P

No comments:

Post a Comment