Sunday 6 October 2013

06 oktober


Assalamualaikum... ^_^

Hari ni hari ahad 06 OKTOBER 2013, kenapa dengan hari ni? humm.. hari ni hari kelahiran dia. Tapi sejujurnya aku taknak wish, aku rasa mungkin tak penting ^_^ aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia, Dekat blog nih aku hanya mampu wish SANAH HELWAH kat awak tapi bukan depan awak . tak penting..( つ﹏╰)semoga Allah panjangkan usia awak..( ⌣́,⌣̀)\(^◡^ )


Friday 4 October 2013


Assalamualaikum.. ^_^

Alhamdulillah laptop dah semakin pulih, ni pun baru bawa balik rumah setelah sekian lama duduk hospital kena rawat, nasib belom jadi arwah agi :D ( ayah tak boleh balahhhh :P )

Aktiviti aku sekarang agak sibuk tapi masih sempat curik-curik nak update blog, insyaAllah dalam masa terdeka nih nak jenjalan blog kawan-kawan yang dah follow aku. Terima kasih ^_^

idea sekarang pun entah nak tak nak je keluar ni :P

Aku rasa setakat nih je dapat aku taip sekrang, insyAllah next post aku nanti aku usahakan menaip banyak yang berkualiti ( cewaahhh ayat )

Sunday 22 September 2013

maaf sesangat


Assalamualaikum...^_^

hummmm! tak tahu nak mula macam mana, 

Aku tahu aku salah seorang blogger yang jarang update blog, tapi tahu tak anda (cewaahhh :P ) hihihi, aku ada masalah, masalah aku takde laptop. Laptop aku lama dah masuk hospital dan dah jadi arwah dah, sekarang aku pinjam laptop adik aku yang berat dia macam ciputt dan laptop ayah aku yang kadang-kadang membzkan diri.. =.="

Hummm, aku minta maaf. Aku tahu ada blogger yang tak suka bila blog seseorang tu jarang update kan..?? 
tak kisah pun, ^_^

kepada yang salalu jenguk blog aku, terima kasih ya ^___^

Thursday 19 September 2013

no ide..


assalamualaikum..

Jarang aku nak update blog, dah macam chipmore di sebabkan laptop aku dah takde sekarang harapkan laptop ayah je :( ni pun terpaksa guna laptop adik, dah la macam ciputtt! 

berbalik ke topik utama ^_^

solat adalah tanda cinta nabi dan 
Allah kepada umat manusia.
Solat adalah hadiah paling indah
dalam hidup seseorang manusia..

Sesibuk apapun, tunaikanlah
solat kerana kalau tidak
Allah akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan kerja
dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari kemelarat.

Pernah tak rasa bila tak solat kita rasa sibuk sangat macam dah tak sempat nak solat. 


NOTA KAKI:
- kosong je otak ni, tak tau nak update ape ^_^

Monday 16 September 2013

Segmen 1st Mama


Assalamualaikum ^_^


Klik sini


T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Sunday 15 September 2013

ujian Allah


Assalamualaikum ya akhi  wa ukhty..

Alhamdulillah masih mampu lagi menulis dalam blog ni. (macam dah lama tak menulis je :P )
Sejak ahir-ahir ni serasa macam malas je nak menaip, disebabkan masalah yang timbul.
Kadang-kadang bila datang je masalah tanpa aku sedar aku selalu merungut, "kenapa Allah bagi ujian seberat ni?" Semua orang pernah kan keluarkan perkataan tu tanpa di sengaja? tipulah kalau tak pernah,.

Tapi, tanpa kita sedar, kenapa Allah uji kita sebegitu sebab mungkin kita semakin jauh dari Allah sebab tu Allah bagi kita ujian supaya kita hampur kepada Allah dan mengadu. Kehidupan ni semacam permainan, bila kita kalah kita akan cuba mengabil tindakan di luar kotak fikiran kita. Maka timbullah GAME OVER, menamatkan riwayat hidup sendiri tapi bila seorang permain tersebut bermain dengan cekap dan tidak mementingkan diri sendiri, dia tahu bahawa permainan tersebut tidak akan tamat selagi mana game tersebut belum tamat untuk dirinya. Kadang-kadang aku salah seorang permain yang sangat bodoh dan hampir mengame overkan diri sendiri.

Apa-apapun, aku sedar BUKAN aku yang berkuasa untuk menamatkan hidup sediri tapi Allah!

Bila deberi ujian, ingatlah "Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan kita!"

Friday 13 September 2013

MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY





Syarat Penyertaan Giveaway
1. Follow blog Add/Follow FB Izzat Syahir dan Like Fanpage Mujahadah Kalam Muslim
2. Like Fanpage 4Life Transfer Factor Pantai Timur Besut & Batu Pahat
3. Buat entri bertajuk MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
6. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
7. Giveaway ini akan berlangsung dari 5/9/2013 sehingga 10/10/2013


Hadiah Giveaway 
1. TOP REFERRAL: HADIAH MISTERI
2. 12 FELT BOOKMARK
3. 2 MAJALAH JOM
4. 1 BUAH BUKU KANAK-KANAK
5. 10 HADIAH MISTERI
6. 5 BUTTON

30 HADIAH UNTUK DIMENANGI

no idea ^_^.

Assalamualaikum.. 
Tak de idea nak taip sangat, jadi aku terfikir nak jejalan blog kawan-kawan tanpa tinggalkan jejak, saja nak merayap blog yang ada dan yang tak pernah aku jenguk lagi ^_^

 Singgah satu blog nih, tak sangka ada jugak yang sudi promote blog aku yang kadang-kadang tak berupdate berhari-hari. Kekeringan idea..

Apa-apa pun aku minta maaf sebab aku sendiri tak tahu nak taip apa, kekadang malas nak mencarut bagai nanti tak pasal-pasal dapat dosa free, jadi aku ambik keputusan diam je. Diam bukan bererti aku lupa nak jenguk blog. Aku jadi silent reader je, kalau tanggan rajin aku komen apa yang patut :P

Sekarang nak join GA pun agak kurang malas, insyaAllah kalau rajin aku join.. ^__^

Thursday 12 September 2013

keinginan hati


Assalamualaikum..^_^

lama tak jenguk blog, lama tak taip menaip, mungkin sebab masalah dan mungkin pulak sebab malas. Tapi apa-apapun aku tak pernah lupa pada blog aku dan cuba untuk mengedit baru.

Ahir-ahir ni, aku rasa ingin meluah semua yang terbuku di hati tapi siapa lah aku yang tersangat rajin menaip sehingga berhari-hari tidak menaip ^_^  Bukan ingin menagih simpati tetapi untuk memenuhkan ruang blog aku yang tidak berupdate.

Hummm, ok berbalik kepada tajuk asal. Keinginan hati, Aku teringin untuk melihat orang sekeliling aku balik ke jalan Allah . 
"andai saja kita (hamba Allah) mampu melihat api neraka, mampu merasa kepedihan api neraka, apakah kita masih mampu untuk berbuat dosa??? Andai kita tahu kehebatan kuasa Allah, kasih Allah, Cinta Allah kenapa kita masih melakukan dosa?
kenapa kita tidak membuka mata hati kita untuk kembali kejalan Allah? 

Mungkin termasuk aku yang kadang-kadang lalai mengejar dunia sehingga aku lupa akhirat semakin tercicir.


Saturday 7 September 2013

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq


assalamualaikum..^_^



Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq, aku guna digi harap dapat lah top up free ^__^

Sunday 1 September 2013

Gila fesion gila lepak

Gila fesion, itu lah aku. Dulu sampai sekarang aku masih gilakan fesion. Tadi pergi jalan ngan makcu, jalan punya jalan macam-macam fesion aku jumpa, kalau ikutkan hati nak je ambik semua jenis baju tapi kerana Allah aku kuat kan hati, tinggalkan dunia yang gilakan fesion. Berfesion tak salah, yang penting bertutup aurat. 

Kerana Allah jugak aku kena kuat, tahan nafsu aku. Dan satu lagi aku gila lepak,. Hari tu kawan masage aku, dia tanya bila nak lepak sama lagi? Allah! iman aku tak kuat, tapi kena jugak kuatkan.  Aku nak lepak tapi bukan lepak macam dulu lagi ^_^.

Kadang-kadang bila dah berubah, macam-macam dugaan yang Allah hadiahkan untuk kita. Kerana perubahan kita, kadang-kadang kita di uji dengan macam-macam ujian. Kadang-kadang ada manusia yang sengaja cuba mengingatkan kita balik pada kisah lama kita.
aku masih kuat kerana Allah ^_^

Monday 26 August 2013

berlapang dada


Assalamualaikum..

maaf yee, lama tak menaip selalu join segmen je.. ^_^ tulisan ni lama dah nak publish tapi masa yang tak mengizinkan (ewahh! alasan die) hehe.. bukan masa yang tak mengizinkan tapi aku yang malas nak taip panjang-panjang..hehe

Ok, fuhhh (tarik nafas jap :D ) 
Tadi aku pergi cek facebook aku, aku cek status kawan kat facebook aku yang ada kat home tu je ok. :) tiba-tiba ternampak status hamba Allah nih,  baik betul sikap die kan. Aku tak suka bila perlukan aku mula lah nak atur ayat baik giler punya, bila dah tak perlukan aku buang aku macam sampah yang dah tak diguna, sampah tu jugak la yang tolong. Sebenarnya, aku tak kisah sangat bab tu, aku kisah bila aku dah berubah sikap aku yang dulu terus di ungkin. Aku tak tahu apa motif dia, tapi aku tetap maafkan dia. Aku yakin pada janji Allah, pasti Allah akan balas jugak nanti. Kadang-kadang, mulut aku cakap tak kisah tapi hati aku yang tanggung. Aku tahu ni ujian Allah untuk aku. 

Sedih jugak bila kita dah tolong ni balasan dia?? takpe la kan, sebenarnya aku TAKDE MASA nak ambil tahupun hal hidup awak, wahai hamba Allah. Aku nak refresh balik.
" Dulu, telingga ni yang awak pinjang untuk mendengar setiap masalah awak. Masalah keluarga awak, masalah sekeliling awak.
mulut ni yang bagi nasihat untuk awak,semangat tuk awak.
hati ni yang tanggung bila awak maki hamun, marah tanpa sebab. 
awak marah bf awak sampai hati ni yang tanggung.
diri ni yang sama-sama tanggung susah senang permulaan kita bangkit di tengah bandar, tapi.. ingat tak awak wahai hamba Allah, mulut ni yang cakap 'biar dia yang dulu dapat tak apa, nanti aku cari lagi' ingat tak awak wahai hamba Allah???
mungkin awak tak ingat sebab KESALAHAN yang aku lakukan." 

Sekarang aku taknak dah pisang berbuah dua kali. Cukup dah bagi aku segala apa yang berlaku. Mula kan haluan hidup sendiri, aku dapat hidup tanpa pertolongan sesiapapun! tapi aku tak dapat hidup tanpa pertolongan Allah dan keluarga aku. Mereka nadi aku, mereka semangat aku sampai bila-bila. 

Apa-apa pun, aku tak ada masa nak jaga hidup awak. terserah pada awak. :)

Ok, nak bahagia kan?? kalau nak bahagia, lupakan kesalahan orang lain dan maafkan kesalahan dia. Sekarang jangan simpan dendam sebab dendam tu yang akan memakan diri kita sendiri ^_^ yang lebih penting, doa kebahagian untuk orang yang pernah lakukan kesalahan pada kita. Rasululluh lagi ampunkan umatnya, ni kan pula kita manusia biasa. 

Mini GiveAway by AinnKetodd


Assalamualaikum.. 


KLIK HERE

TAMAT PADA 13 SEPTEMBER 2013 (11.59pm) . Kemungkinan dicepatkan.

Hadiah :

Inner Half Cotton ( 5 PEMENANG)
Topup RM5 ( 2 PEMENANG)
Kerongsang Felt ( 2 PEMENANG)


Saturday 24 August 2013

MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS

Assalamualaikum...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angah dan Ahkak Gojess kali ni telah bekerjasama untuk membuat MEGA GA.Kenapa mega ga?? Sebab hadiah yg sangat2 best!! :D





GIVEAWAY ni akan berjalan selama 2 minggu sahaja!! :D

Syarat-Syarat Menyertai GIVEAWAY ini ialah:

  1. FOLLOW Blog penganjur AHKAKGOJES & DJHAdd To Circle Google +Mohamad Khairil  dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
  3. Buat entri bertajuk MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. *WAJIB
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual

BLOG PENGANJUR*WAJIB
 |AHKAKGOJES | DJH |

BLOG SPONSOR*WAJIB

 Add To Circle Google Kathy Rbain

LIKE FANPAGE SPONSOR*WAJIB


FOLLOW TWITTER *WAJIB

SILA KLIK UTK LIHAT HADIAH

SENARAI PESERTA
Harap korang support GA Angah dengan Ahkak Gojes ni :D

Thursday 22 August 2013

Giveaway merdeka bersama ahmadhasif.info

join segmen lagi ^_^


tarikh tamat 25.ogos. 2013

hadiah pun meranik ^_^


Monday 19 August 2013

Random Giveaway by FD


Assalamualaikum.. sekarang nak join GA. ^_^

Random Giveaway by FD


KLIK sini

GA tamat pada 1 september 2013

GA nih menarik sebab boleh pilih hadiah sendiri,
pilih 3 jer la dari senarai ni ^_^

Senarai hadiah:
Coklat & teddy bear x 2
Printed tee / tshirt x 1
Bawal tone x 2
Bawal roses x 1
Crumple shawl x 1
Printed wide shawl x 1
Inner jersey 2 tone x 1
Kpop stuff (such as cap, mug and poster/choose 1 and mention with idol) x 2

Aku nak hadiah
-coklat & teddy bear
- crumple shawl


Wednesday 14 August 2013

belajar untuk jadi stalker ^_^

Assalamualaikum...^_^
Sekarang aku belajar jadi stalker sudah :D, uittts! bahaya nye. hehe..
setiap manusia perlukan cinta, macam tu jugak aku. Semua orang ada cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada ibu bapa dan cinta sesama makhluk. Islam tak larang kita bercinta, yang islam larang adalah bercouple iaitu mendekati zina, mencintai dalam dia sangat seronok, mencintai seseorang tu dan automatik setiap sujud, mendoakan kebahangiaan dia. (lain macam je post aku kali ni ^_^).
Dari dulu sampai sekarang aku belajar jadi stalker, sebab aku nak tahu perkembangan orang yang aku cinta. Agak-agak siapa ye? dia hamba Allah yang sangat aku cinta selain daripada ibu bapa aku, hati aku tak pernah berubah dari aku kenal dia sehinggalah sekarang. ehh jap! Agak-agak, ada tak dia jadi stalker blog aku? aku harap dia tak baca apa yang aku tulis, kalau dia baca malu la aku. Aku seorang yang pemalu (la sangat :D ) Wahai hamba Allah, harap awak tak singgah dan baca blog aku eh. >.<"..
Dulu aku pernah cakap kat diri aku, "aku tidak akan mencintai dia yang cintakan aku, tapi aku akan mencintai dia yang Allah jodohkan untuk aku." tapi semua tu dah tersasar, setiap hari aku minta kat Allah supaya Allah tetapkan hati aku, minta Allah jauhkan hati aku dengan dia. Seminggu, 2 minggu dan dalam jarak masa yang singkat aku mampu lupakan dia, tapi tak lama lepastu aku ingat dia balik. Bila aku dah lupakan dia, tiba-tiba dia wujud pulak dalam mimpi aku. Aku tak tahu, perlu ke aku cemarkan hati aku dengan mencintai dia?  Dia hamba Allah yang pertama aku cintai selain keluarga aku.
Dari kecik aku kenal dia, keluarga dia kenal aku dan macam tu jugak keluarga aku. Keluarga dia dan keluarga aku sama nak jodohkan kami. Sebelum aku kenal dia lebih rapat, aku seorang yang agak kasar, bila bercakap dengan orang tua, aku tak hormat. Bergaduh, ponteng kelas, suka kacau budak-budak, dah biasa bagi aku, tapi bila aku semakin kenal dia, dia nasihat aku supaya bercakap jangan kasar sangat. (haha, malu arr nak citer..) Lepas aku semakin rapat dengan dia, ramai kawan-kawan tegur aku, dorang cakap aku semakin berubah >.<.. Aku pernah couple dengan dia, Tapi dia bukan orang pertama couple dengan aku. 
Yang peliknye, kenapa aku boleh cintakan dia sampai sekarang kan?? haaa! sebab dia selalu ada untuk aku, sebab dia ubah aku jadi seorang perempuan yang pandai jaga adab, tak kasar lagi.
 Kami dah break 4 tahun lepas
. Dan dari situ mulalah kisah perubahan aku ke arah yang semakin terok, aku guna pakej yang Allah bagi pinjam kat aku. 4 tahun, masa yang agak panjag tapi kenapa tetap dia yang aku cinta???
Keciknye ruang hati ni,. Dulu sehingga sekarang, hati ni tak pernah berubah untuk terus mencintai dia. Melupakan dia sangat susah rasanya,. macam mana nak lupakan orang yang kita cintai??? 

Bila aku dengar lagu nih, mesti automatik aku rindukan awak!!

Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpa mu
masih tanpa mu

Bila esok hari datang lagi
kucoba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu..Ooo..meski tanpa mu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan..

suara dengarkanlah aku
apa khabarnya pujaan hati ku
aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hati nya
Suara dengarkanlah aku
Apa kah aku selalu di hatinya
aku disini menunggunya
masih berharap didalam hatinya

dan nih pulak lagu lepas break! ^_^

LAgu kita! ^_^

Deras hati ku berdetar
di langit aku terlihatkanmu
terang malam.. teman kita
dengan angin meniup sayu
ku petik gitar akustik ini
dengan harapan dia mendengar
melodi indah yang ku cipta
hanya untuk luahkan rinduku padanya
Chorus:
Dan aku terus
menyanyikan lagu ini untuk mu
walau berjuta mendengar
lagu ini hanya untuk mu
arah hidup kita
digambar bintang di angkasa
dan berkelip melukis cinta
terciptalah lagu kita
Melodi indah yang ku cipta
HANYA UNTUK LUAHKAN RINDUKU PADANYA.

-lagu aizat, kalau hamba Allah nih baca post aku yang ni, mungkin dia akan tahu yang aku sangat-sangat tak boleh lupakan dia, Aku dah usaha. macam-macam aku usaha untuk lupakan dia. Tapi dengarlah wahai hamba Allah, hati ni Allah ciptakan ruang dia kecik je, hati ni yang tanggung semuanya!! aku dah paksa hati ni untuk lupakan awak. 
Wahai hamba Allah, setiap hari aku berdoa supaya Allah bagi aku hilang ingatan supaya aku tak ingat awak lagi!! 4 tahun dah masa berlalu, tapi kenapa hati ni tetap pilih awak??? 
Cepatnya air mata ni jatuh bila rindukan awak! manaip ni pun boleh pulak air mata ni mengalir. 


Tuesday 13 August 2013

aku tak kuat.


Assalamualaikum ^_^
wahhh! rindu nye kat blog ni. (hahaha) seminggu lebih blog ni terbiar je..
Nak cakap ni, nak luah yang aku dah tak kuat nak istiqomah berpurdah.
sebenarnya kan, aku tak kuat nak teruskan berpurdah macam orang lain. Hari tu jumpa kawan, dia jugak dah tak berpurdah. Nak kekalkan  berpurdah tu, aku tak kuat. Permulaan dulu dah aku di tentang keluarga sendiri, macam-macam yang aku terima, sikit je keluarga yang bagi semangat kat aku, nenek lah yang selalu bagi semangat kat aku, tapi bila dah balik rumah sendiri, semangat dan nasihat nenek hilang macam tu je. 
masa aku nak balik kampung hari tu, sebelum raya. Aku fikir masak-masak, berpurdah ke tak?

Aku cemburu kat orang yang keluarga dia pegangan agama kuat, aku?? hummm, dari yang free hair yang sosial berubah ke arah bertudung biasa, tak lama kemudian berpakaian longgar menutup aurat sehinggalah hati terdetik berpurdah. Tapi semua tu tak  lama. Mak tak suka aku berpurdah, kalau dia jumpa orang yang bertutup semua, mula lah nak perli " haaah, tengok tu kawan along." Ya Allah, hati mana yang kuat bila dah kena perli bagai. Aku harap, dah kawen nanti aku pakai purdah balik. aku perlukan nasihat untuk aku teruskan berpurdah.

Hati ni Allah ciptakan kecil je,
bila terluka, hati ni jugaklah yang tanggung. Bila gembira, hati ni jugak lah yang merasa. Bila kecewa, hati ni jugak lah menahan semua rasa. 

Alhamdulillah, aku masih bertudung labuh. InsyaAllah sampai bila-bila aku tidak akan buka tudung aku kerana Allah. Aku bertudung labuh, ada jugak keluarga besar yang tak suka. Allah! aku tak tahu apa yang dorang nak. Pernah satu persoalan yang terus bermain kat kepala hotak aku nih, "dulu, kenapa mak hantar aku pergi sekolah agama??" 5 tahun aku belajar kat sekolah agama, kalau tak suka kenapa tak hantar aku pergi sekolah biasa? pernah uncle cakap kat aku, dia cina. "dah macam orang sana-sana dah" tersentuh hati aku.


 ok, nih la aku, masih berpakaian serba hitam meski pun dah tak berpurdah. Gambar ni kat kampung nenek.

Sunday 4 August 2013

perlu ke aku nak cakap??


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^

Ya Allah, sesak jiwa aku bila aku simpan je rasa ni. Aku benci bila aku ada masalah aku kena simpan sorang-sorang. Aku benci dengan diri aku. Perlu ke aku nak luah aku sedih? perlu ke aku luah aku sakit hati? perlu ke aku cakap aku tak apa-apa?  Perlu ke?????  Apa-apa pun, aku tak kisah. Tersenyum selagi termampu ^_^ YA! 

Apa-apa pun, aku nak cakap aku ok je ^_^,, tp jiwa aku sesak. Aku ingat lagi, dulu sebelum aku berubah, perangai aku gila sikit. Bila aku rasa sedih, aku akan bawak moto sampai dapat membahaya kan diri aku, (aku ada lesen moto la >.< ) Masa tu, macam aku sorang je kat jalan. Kadang-kadang, bila mak tak bagi aku bawak moto bila aku ada masalah, aku akan duduk dalam bilik, kelar tanggan aku sampai berdarah. Ada masalah je, aku terfikir nak bunuh diri, macam dah takde agama. Kadang-kadang, takde masalah tapi bila mak marah mula la aku buat macam-macam kat diri aku sampai aku puas hati. Pernah satu hari tu, mak ternampak bekas luka kat tanggan aku, dari tu jarang dah dia nak marah aku. Aku agak manja sikit dari adik-adik lain sebab usia kami jauh beza 4 tahun, mungkin sebab tu aku agak manja.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Bila ada masalah, aku akan mengadu pada Dia. Hanya Dia je yang mampu bagi aku tenang. Allah maha mendengar, Dialah kekasih kita. 

Sedihnye nak lepaskan Ramadhan tahun ni.

"Aku lihat ramadhan dari kejauhan..
lalu aku sapa ia, 'hendak kemana?'
dengan lembut ia berkata,

'maaf, aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong samapaikan pesananku untuk orang yang bernama mukmin. Ajaklah sabar untuk istiqomah saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa. Itupun syawal, ia sudah tiba...'

ku lihat ramadhan pergi jauh..
'Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?'

Saturday 3 August 2013

Kau tak couple?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..

Maaf, mungkin post aku kali ni agak sensitive sikit, tapi ini lah aku. Cuma nak kongsi apa yang aku alami dan apa yang terjadi dalam hidup aku.

Ramai kawan sekeliling aku tanya "eh, sape bf kau?", "betul ke kau dah tak couple?", "kalau kau tak couple macam mana kau nak kenal bakal suami kau?" dan "bla..bla..blaa..blaaa"
Ok, bagi soalan tu, ya! memang aku dah tak couple, kalau dulu ya aku couple. faham ke? hehe ^_^,
sekarang aku dah tak couple, sebab couple tu haram. Haram maksud aku, ialah mendekati zina. Ok nak faham sikit, mehh aku bagi huraian pada maksud aku.

Permulaan zina, di kisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi Yahya As. "apa dari permulaan zina?" Nabi menjawab "memandang dan berangan-angan." Jadi, seseorang yang mampu menundukkan pandangannya, maka ia mampu pula menjaga fikiran, hati serta kemaluannya. Memandang merupakan dosa kecil yang apabila dituruti ia dapat membawa pada dosa besar iaitu zina farji (kemaluan)

Kalau kita bercouple, boleh ke kita elak untuk tidak berangan-angan?? hemmm...kalau aku, memang tak boleh, bila couple je, mesti berangan-angan sampai tak tercapai angan-angan tu, haaa! ni berdasarkan pengalaman aku..>.<".. Ok, bagi soalan macam mana nak kenal bakal suami kalau tak couple, ni senang je. Yakin pada Allah, insyaAllah Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Nak citer lagi?? mak dan ayah aku, tak couple tapi sampai sekarang boleh je jaga anak-anak dia. 
"Eh!! kau nak samakan zaman kita dengan zaman dorang ke??" bagi aku pulak, Allah tak pernah berubah mengikut zaman, janji Allah tu pasti sampai bila-bila pun tak kan pernah berubah. Tak nak ke rasa Allah bagi kejutan untuk kita? dah kawen, tup..tup, Allah jodoh kan kita dengan kawan baik kita, wahhh! kejutan tu.. bercinta lepas kawen indah tau (haha, belum mengalami lagi,,tapi ada tak macam berpengalaman?>.<")
 
Aku bagi lagi contoh, kenapa aku cakap couple ni haram. (ehhh! bukan aku yang cakap,) ^_^
Allah Swt melarang berbuat zina, Dalam sabda-Nya: 
"dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk." (Q.S. Al-Isra':32)
"dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak,  yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." ( Q.S. Al-Mu'minuun: 5-7)

Masa sekolah dulu, memandangkan aku sekolah agama. Peraturan dia tersangatlah ketat, tak boleh couple, tak boleh berdating, bila kena tangkap je comfirm kena bersanding depan tapak perhimpunan, fuhhh! sapa yang kena malu gilaa woo, bersanding depan cikgu-cikgu dan depan semua warga,pernghuni sekolah.. semua mata tengok. Tapi senakal-nakal aku, aku tak pernah kena tangkap lagi..hehe (bijak tak aku? ^_^)

Tapi!! itu kisah lama aku, sekarang Allah sedarkan aku, Dia taknak aku teruskan hidup dalam dosa.. Alhamdulillah..

Nak citer lagi. Lukman menasihati anaknya, "anakku, jauhilah dari berbuat zina, sebab awalnya adalah kecemasan, akhirnya penyesalan dan setelah itu azab." menurut hawa nafsu hanya akan memperoleh kesenangan yang bersifat semua yang pada akhirnya mengakibatkan penyesalan serta menjauhkan hubungan kita dari-Nya. Kebahagiaan dan ketenangan pada hakikatnya akan kita raih apabila kita memutuskan nafsu syahwatnya, sedangkan ia tidak mengerti bahwa ia memperbanyak sebab-sebab kesedihan dan kesusahan."

Dah faham, kenapa aku tak couple? ^_^ sekali lagi aku minta maaf..




Sunday 28 July 2013

eleh! ko ingat ko baik ke?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^
Hati aku tergerak untuk menaip satu, dua perkara yang perlu sangat aku nak tau..
oppppss! pasal tajuk atas tu, aku buat gempak sikit, sebab aku nak orang singgah kejap dan baca apa yang aku ingin tulis. Mungkin boleh di ambil pengajaran.

Dulu, aku seorang yang freehair, (pernah aku citer kat post aku yang lepas2). Bercouple pun aku pernah, suka tukar-tukar bf. Aku suka bagi gambar freehair aku dekat bf2 aku, tapi bila Allah dah bagi hidayah dekat aku, aku mula menyesal dengan setiap apa yang aku lakukan. Persoalan nya sekarang, adakah aku masih berdosa jika lelaki ajnabi menatap gambar aku yang masih freehair biarpun aku dah paksa buang tapi dorang tetap taknak buang? berdosa kah aku?? Facebook lama aku, aku pernah post gambar aku freehair tapi kena hack, aku tak tahu nak buat apa. Aku usaha nak ambil balik facebook lama aku, tapi tak dapat. So berdosakah aku bila orang tatap gambar aku yang freehair dekat facebook tu?

Ya Allah! kadang-kadang, aku buntu! hidup aku yang dulu penuh dengan dosa. Aku cuba untuk tidak mengingati kisah silam aku, tapi aku tetap tak dapat! Kadang-kadang, aku terfikir jugak. Ada ke lelaki yang nak perempuan macam aku? hahaha (kecewa).. Bak kata kawan aku, "kau senang je, bila kau dah bosan, kau petik je jari pasti banyak yang nak couple dengan kau." kata-kata yang tu lah yang membuatkan aku LUPA DIRI, aku rasa diri aku hebat! Tapi, sampai bila la semua tu,, hati aku tetap KOSONG. Disebabkan kekosongan tu, aku melangkah untuk terus mencari makna kehidupan. Bila aku dah dapat, aku dah isi hati aku dengan cinta Allah,, aku menyesal dan aku terfikir "nak ke orang terima aku bila orang tau kisah silam aku??".. 

Seorang bf aku, bila aku dah kenal cinta Allah. Aku minta putus, sedaya upaya dia taknak lepaskan. So aku cakap kat dia, kalau betul dia sayang aku, masuk meminang. Jumpa keluarga aku,. Boleh pulak dia cakap belum bersedia. Allah! sakit nye hati aku!!! Dan aku pernah citer kat post aku yang lepas2, ada hamba Allah nak jumpa keluarga aku. Bila aku tanya balik, boleh pulak dia cakap belum bersedia!! Aku tahu, susah orang nak terima aku.. hahaha (ketawa kecewa!)

berbalik kepada soalan aku tadi, berdosa kah aku?? (cek balik, apa aku tanya) ^_^

Nota kaki:
- aku harap, kepada remaja yang kat luar sana. cepat-cepat bertaubat. 
- jangan mudah sangat bagi gambar yang freehair, kan susah (cakap "PADAN MUKA KO")


Saturday 27 July 2013

Kenapa nak tipu?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^_^
(tarik nafas dalam-dalam) Fuhhhh! menaip dengan jiwa yang kacaw..
Tahun ni beraya tanpa atuk, sekarang pun dah mula terasa kehilangan dia. Tahun ni kena pulak beraya kampung mak, nasib ada sorang lagi atuk ^_^

Apa-apa pun, itulah lumrah kehidupan. Nak menaip sangat pun, idea tengah takde..

Jiwa aku betul-betul bercelaru, iman pun mula turun naik je. Hidup aku mula tak teratur, Rasa nak je jerit.. Sebenarnya aku kecewa, kecewa dengan seseorang yang aku percaya fitnah aku. Fitnah tu hampir-hampir mengehancurkan hidup aku. Ya Allah! ramai keluarga aku  nasihat aku "jangan percaya sangat orang sekarang, kwn sendiri pun sanggup makan kawan" (uiiittttt.. puasa pun nak makan kawan jugak ke? :D ) hahaha, tapi aku ni kepala batu, aku degil. Sebab aku yakin pada Allah, aku tak kisah orang nak TIPU aku, orang nak SINDIR aku atau apa-apa je, tapi jangan sampai hancurkan hidup aku, Orang nak tipu aku, silakan. Aku tetap percaya, sebab aku tahu, dia bukan tipu aku tapi dia TIPU DIRI DIA SENDIRI.

Aku masih ingat, dulu aku terlampau percaya orang sampaikan apa yang aku luah, boleh pulak dia luah kat orang lain. Perasaan aku masa tu MALU sesangat. Tapi, sampai sekarang bila orang buat muka sedih sikit, mula lah timbul rasa kasihan dalam diri aku dan mula percaya, biarpun aku kena tipu. haha..

Tapi kan, aku pelik jugak. Apa eh yang dorang dapat bila tipu orang? yang aku tahu, dapat dosa ada la..

aku rasa, tu je mampu aku taip sekarang ^_^

Friday 26 July 2013

GA GIVEAWAY : Indahnya Islam by Nurul Nizam

assalamualaikum..
*KLIK SINI ! ^_^*
Alhamdulillah, hari ni join segmen lagi..
saya suka segmen ni, menarik. Berunsur islamic..
Indahnya islam,
islam memang indah andai kita betul-betul kenal konsep islam. Islam bukan hanya pada nama atau ic je!
islam yang sebenar-benar ialah kita patuh pada perintahNya!
jom ramai-ramai join!
tarikh tamat 26 JULAI 2013

Thursday 25 July 2013

bicara bergambar. ^_^



Dalam tak sedar, kita juga tidak terlepas daripada menggunakan perkataan 'Kalau'.
perkataan 'kalau' seolah-olah kita tidak terima apa yang Allah takdirkan untuk kita.


Monday 22 July 2013

bila marah apa yang kita lakukan??


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^_^


memaafkan memang tak akan mengubah Masa LALU tapi pasti akan mempermudahkan masa depan, DAN memaafkan dapat melegakan hati kita dari perasaan dendam.

Kadang-kadang, dalam tak sedar Allah hantar seseorang untuk sakit kan hati kita. Tahu tak kenapa Allah hantar seseorang yang suka sakitkan hati kita?? sebab Allah nak lihat sejauh mana kesabaran kita menghadapi setiap ujianNya. Bila kita disakiti pasti kita akan terasa hati bukan??
ingatlah! orang yang sakitkan hati kita dapat dosa, TAPI kita yang terasa bila disakiti lebih banyak dosa daripada orang yang sakitkan hati kita. Tahu kenapa?? sebab, bila kita terasa hati disebabkan ujian yang Allah kirim ke kita seolah-olah kita tidak dapat terima ujianNya.

Tips apabila kita dalam keadaan disakiti.
- Anggap orang yang menyakitkan hati kita seperti kanak-kanak yang akalnya pendek.
kenapa?? sebab, bila kita rasa nak marah, kita bayangkan dia seperti kanak-kanak , pasti kita akan mula rasa kasihan dan automatik kita mendoakan kebaikan untuk dia.

- anggap orang yang sakitkan hati kita, kata-kata yang dorang lempar anggaplah seperti gurauan kosong. Tersenyumlah, pasti dorang pulak yang terasa semakin sakit hati. Orang yang sakitkan hati kita, perasaan dorang penuh dengan perasaan marah. Bila kita lawan balik, apa yang terjadi?? pasti akan menimpulkan pergaduhan bukan?

Jadilah orang yang BAHAGIA, bila di sakiti masih mampu tersenyum ^_^

kuucapkan TERIMA KASIH atas NERAKA-Mu

Terima kasih kepada Allah, bukan hanya atas syurga-Nya yang membentang dan penuh keindahan. Anda tidak akan kekurangan tanah jika di syurga kelak. Namun terima kasih juga atas neraka-Nya yang sarat dengan penyeksaan dan binatang-binatang berbisa.

Terima kasih atas syurga, mungkin di anggap suatu perkara yang lumrah atau wajar, menzahirkan terima kasih adalah kesan berikut yang muncul sebagai tindak balas atas kebaikan dan pemberian yang menyenangkan.

Lalu, mengapa perlu berterima kasih atas neraka-Nya yang dicipta??
pertanyaan ini mungkin kedengaran agak pelik dan di anggap di ada-adakan.
secara sederhana, kita ucapkan terima kasih atas neraka-Nya yang mengherdik kita jika melakukan perlanggaran yakni maksiat. Ini menjadikan kita takut untuk membangkang perintah dan hukum-Nya di muka bumi. Yang menjadikan kita was-was untuk berbuat kesalahan. Dengan begitu, kita berjalan dalam jalan yang benar. Ancaman-ancaman Allah itu, janganlah sehingga menjadikan kita lebih membayangkan Allah SWT bengis dan kejam. Maha suci dan Maha tinggi Allah dari segala sifat rendah seperti ini.
Ancaman-ancaman Allah SWT dengan neraka beserta segala isinya yang serba menyeramkan, makanan berduri dan mendidih, air panas yang menjadikan kulit mengelupas adalah bukti kasih sayang-Nya agar kita tidak salah jalan dan tersesat.

Kalau boleh di umpamakan, neraka adalah ibarat pertunjuk jalan ketika menaiki kenderaan. di sebelah kanan dan kiri kita banyak penunjuk jalan yang isinya peringatan, contohnya "awas! kiri jurang,"  jalan banyak lubang, bukit curam, jalan sedang di baiki dan sebagainya.

Ancaman atau peringantan ini demi keselamatan perjalanan anda sendiri bukan dengan bermaksud agar anda masuk jurang, berlanggar, terbabas dan seterusnnya mati. sesekali bukan!!! begitu juga neraka, Allah ciptakan ancaman  itu agar anda selamat! BUKAN dengan  niat anda memasukinya!
Manusia memang pelik!! Ada yang menganggap "ketidakadilan, jika Allah mencipta neraka". bahkan dianggap sekadar mitos dan perbualan kosong belaka sehingga tidak perlu ditakuti dan di yakini..

sumber:
dari buku "dasyatnya kekuatan SYUKU, ISTIGHFAR,MUHASABAH"

nota kaki:
-kenapa masih ramai yang tidak sedar (gigit jari geram!)
-rasa nak hempuk kepala suruh dorang sedar! :D
-dunia hanya sementara!!! berhenti dari mengejar dunia!

eh?? maaf ^_^


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^
sekarang aku kembali dengan semangat yang baru.. kakak2, abang2, adik2 yang selalu singgah blog ni. Aku minta maaf ya ^_^.
sebenarnya, semangat aku hilang selepas aku tahu sepupu aku meninggal, aku rasa macam ada je yang tak kena. Nak menaip sangat pun rasa masih penat, lama tak jenguk blog yang aku selalu stalk, nanti ada masa aku jenguk. ^_^



Thursday 11 July 2013

7 Days Segmen With Simplesyara

Assalamualaikum ^_^
KLIK SINI ^_^
Join segmen ^_^ , segmen ni 7 hari je.. :) Esok tamat, :D

Senarai Hadiah 
  1. Badges x 15 pemenang
  2. Skirt Stylista x 1 pemenang
  3. Tasbih Digital x 3 pemenang
  4. AQURA Bath Soap x 3 pemenang
  5. Keychain x 2 pemenang
  6. Tudung Bawal x 1 pemenang
  7. Brooch x 5 pemenang
  8. Keychain Nama x 2 pemenang
  9. Rasha Chiffon Shawl x 3 pemenang
  10. Donut Keychain x 2 pemenang
  11. Keychain Felt Love x 1 pemenang
  12. Keychain Felt Nama x 1 pemenang
  13. Bookmark Felt x 1 pemenang
  14. Hadiah Misteri x 5 pemenang
  15. Shiseido Mask x 4 pemenang 
  16. Tudung Bawal x 3 pemenang

excited.. hihi

Assalamualaikum ^^,
Tarawih malam yang ke 2 dan ke 3,,  nak tahu apa yang aku alami? haha..
ok2, malam ke 2 aku tarawih dekat surau berdekatan rumah aku, haaa.. Tahu tak, itulah fist time aku jejak kaki lagi dekat surau selepas 2 atau 3 tahun kot aku tak jejak kaki kat surau berdekatan rumah aku, tipulah kalau aku cakap aku fist time dalam hidup aku jejak kaki kat suraukan. Sebelum ni nak jejak kaki ke surau pun payah dah tahu kenapa kan? hihi ok, aku tolong jawab, di sebab kan aku masih jahil lagi masa tu, puasa lepas pun aku tak pergi surau. Masa nak pergi tarawih malam yang ke 2 tu, rasa macam baru jejak kaki ke surau, jalan kaki pergi surau bila dah samapi depan surau, excited gile la masa tu sampaikan aku berdiri lama depan pintu surau, orang yang duduk luar masa tu semua toleh pandang aku, dorang pelik kot tengok aku tercegang lama kat depan pintu, bila aku toleh ke belakang ya Allah! ramai lagi yang tunggu aku nak gerak ni, tiba-tiba makcu dari belakang terus jalan, laju dia jalan masuk surau. Aku yang masih tak gerak lagi cepat-cepat kejar dia.. hahaha malu! >.<

Tarawih malam yang ke 3 pulak, aku tarawih dekat masjid, Almaklumlah malam jumaat kan ^_^. Tarawih dekat masjid, aku dengan nenek. Masa masuk masjid pulak aku tiba-tiba boleh jadi blur. hahaha. Aku ikut je nenek, mata aku tak lepas tengok jemaah dalam masjid. Aku macam rasa di perhatikan, haha.
Sebenarnya kan, aku seorang yang pemalu. Bila aku sorang je nak pergi masjid, jangan harap lah aku nak pergi. Aku sanggup tunggu nenek ajak pergi masjid, tapi nenek cakap malam jumaat je pergi masjid, ok aku tak kisah ^_^

sebenarnya ini lah pengajaran untuk aku, siapa suruh kaki ni berat nak pergi surau. Apa-apa pun, kita semua ada pengalaman yang tersendiri kan ^_^

Aku kagum tengok budak-budak pergi solat tarawih, dorang ikut sampai habis. Sama jugak macam orang tua yang nak bergerak pun payah, dorang tarawih sampai habis.
Aku tengok nenek aku, ya Allah! payah nye dia nak angkat berdiri lepas tu duduk lagi, Aku tnya dia "nek larat ke?" apa dia jawab. "bukan selalu pun solat lama macam ni," lepas tu dia senyum, Semangat nye dia nak habiskan, Ramai yang muda-muda bila dah rakaat yang ke 8, angkat terus balik..
bukan selalu solat terawih ni sebulan je.