Saturday, 3 August 2013

Kau tak couple?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..

Maaf, mungkin post aku kali ni agak sensitive sikit, tapi ini lah aku. Cuma nak kongsi apa yang aku alami dan apa yang terjadi dalam hidup aku.

Ramai kawan sekeliling aku tanya "eh, sape bf kau?", "betul ke kau dah tak couple?", "kalau kau tak couple macam mana kau nak kenal bakal suami kau?" dan "bla..bla..blaa..blaaa"
Ok, bagi soalan tu, ya! memang aku dah tak couple, kalau dulu ya aku couple. faham ke? hehe ^_^,
sekarang aku dah tak couple, sebab couple tu haram. Haram maksud aku, ialah mendekati zina. Ok nak faham sikit, mehh aku bagi huraian pada maksud aku.

Permulaan zina, di kisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi Yahya As. "apa dari permulaan zina?" Nabi menjawab "memandang dan berangan-angan." Jadi, seseorang yang mampu menundukkan pandangannya, maka ia mampu pula menjaga fikiran, hati serta kemaluannya. Memandang merupakan dosa kecil yang apabila dituruti ia dapat membawa pada dosa besar iaitu zina farji (kemaluan)

Kalau kita bercouple, boleh ke kita elak untuk tidak berangan-angan?? hemmm...kalau aku, memang tak boleh, bila couple je, mesti berangan-angan sampai tak tercapai angan-angan tu, haaa! ni berdasarkan pengalaman aku..>.<".. Ok, bagi soalan macam mana nak kenal bakal suami kalau tak couple, ni senang je. Yakin pada Allah, insyaAllah Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Nak citer lagi?? mak dan ayah aku, tak couple tapi sampai sekarang boleh je jaga anak-anak dia. 
"Eh!! kau nak samakan zaman kita dengan zaman dorang ke??" bagi aku pulak, Allah tak pernah berubah mengikut zaman, janji Allah tu pasti sampai bila-bila pun tak kan pernah berubah. Tak nak ke rasa Allah bagi kejutan untuk kita? dah kawen, tup..tup, Allah jodoh kan kita dengan kawan baik kita, wahhh! kejutan tu.. bercinta lepas kawen indah tau (haha, belum mengalami lagi,,tapi ada tak macam berpengalaman?>.<")
 
Aku bagi lagi contoh, kenapa aku cakap couple ni haram. (ehhh! bukan aku yang cakap,) ^_^
Allah Swt melarang berbuat zina, Dalam sabda-Nya: 
"dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk." (Q.S. Al-Isra':32)
"dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak,  yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." ( Q.S. Al-Mu'minuun: 5-7)

Masa sekolah dulu, memandangkan aku sekolah agama. Peraturan dia tersangatlah ketat, tak boleh couple, tak boleh berdating, bila kena tangkap je comfirm kena bersanding depan tapak perhimpunan, fuhhh! sapa yang kena malu gilaa woo, bersanding depan cikgu-cikgu dan depan semua warga,pernghuni sekolah.. semua mata tengok. Tapi senakal-nakal aku, aku tak pernah kena tangkap lagi..hehe (bijak tak aku? ^_^)

Tapi!! itu kisah lama aku, sekarang Allah sedarkan aku, Dia taknak aku teruskan hidup dalam dosa.. Alhamdulillah..

Nak citer lagi. Lukman menasihati anaknya, "anakku, jauhilah dari berbuat zina, sebab awalnya adalah kecemasan, akhirnya penyesalan dan setelah itu azab." menurut hawa nafsu hanya akan memperoleh kesenangan yang bersifat semua yang pada akhirnya mengakibatkan penyesalan serta menjauhkan hubungan kita dari-Nya. Kebahagiaan dan ketenangan pada hakikatnya akan kita raih apabila kita memutuskan nafsu syahwatnya, sedangkan ia tidak mengerti bahwa ia memperbanyak sebab-sebab kesedihan dan kesusahan."

Dah faham, kenapa aku tak couple? ^_^ sekali lagi aku minta maaf..




6 comments:

  1. terus kawen je nanti.. senang, couple dengan suami je..

    ReplyDelete
  2. betul tu. better xcouple dr couple. kasihan suami kita nnti. kita cemarkan cinta yg hanya utk dia pd yg lain plak.

    ReplyDelete
  3. Kawin baru bercinta..lebih seronok..=D

    ReplyDelete
  4. terbaik la =) pnerangan yg bermakna dn mendalam..btol 2..bcinta lepas kwen lg indah..kemanisan 2 ada je..

    ReplyDelete
  5. aku mau tanya . mengapa kita tidak boleh mendekati zina ?
    #mohon bantuannya! ^_^

    ReplyDelete