Sunday 30 June 2013

entah nak letak tajuk apa ^_^


Bila on je blog aku ni, mula lah cari apa yang tak kena.. perasan tak bila melawat blog aku mesti korang tengok perubahan pada background kan..:D haha.. kadang-kadang bila boring, mula la cari lagu letak pulak lagu dalam blog lepas tu buang, letak lagi buang.. dah habis semua, baru aku melawat blog orang pulak pergi meronda komen apa yang patut..

dah!dah! lupa kan pasal blog ni kejap..^_^

ok, nak kongsi lagi pengalaman aku permulaan perubahan aku. Tapi, sebelum berubah aku pernah dapat hidayah dari Allah.. haaaa! next tyme citer ok ^_^

aku pernah di malukan depan orang ramai.
"eh ustazah! sejak bila ni?"
"eh niey, sejak bila jadi ustazah?"
"kak?"
haa..dorang bukan cakap slow-slow tapi dorang jerit dari jauh.. ya Allah, aku malu!.
sebenarnya masa tu aku nak pergi makan,kebetulan dorang kerja kat kedai makan tu. Dorang junior aku masa skolah dulu, dorang tahu sikap aku macam mana.
aku tak tahu nak letak kat mana muka aku masa tu, semua orang pandang aku. Lepas tu aku ambik keputusan balik dari situ carik kedai makan lain..

Aku kesian kat dorang, dorang masih hanyut dek permainan dunia! 


bicara bergambar..


bicara gambar ^_^




permulaan..^_^


Allahurabbi, kadang-kadang iman ni kejap turun, kejap naik.. Tp sejujurnya aku takut bila saat iman aku turun, aku tergoda oleh bisikan syaitan yang menghasut supaya aku kembali kepada jahil, nauzubillah!
Ya Allah, jauhkan lah agar aku tidak kembali kepada jahil.

termenung sejenak teringat peristiwa permulaan penghijrahan aku.

teringat pulak kata-kata kesat dari orang sekeliling,

dan ada pulak yang mendoa perubahan aku hanya seketika.

Sejujunya aku dah penat, penat mengejar dunia yang hanya sementara! 
aku dah penat bila selalu mendengar pujian yang hanya kata-kata manis dari bibir lelaki.
aku dah penat menjadi bahan perhatian. aku bukan barang!
aku dah penat bercouple tanpa tahu tujuannya.
aku dah penat mengejar fesyen yang entah menutup aurat ke tidak!

AKU DAH PENAT!
penat mengejar kemurkaan Allah pada aku.

Allah! Alhamdulillah, semenjak aku kenal Allah aku mula kenal tujuan aku hidup.

pernah satu hari aku balik dari hospital teman adik, adik balik ikut bas lain, aku balit ikut bas yang lain jugak.
aku duduk sorang-sorang, masa tu aku dh bertudung labuh, dah berubah.
masa duduk sorang-sorang dalam bas, Allahurabbi, tiba-tiba aku rasa ketenangan. tenang sangat seolah-olah tiada apa yang berlaku entah, ketenangan tu tidak dapat aku bayangkan. 
terdetik dalam hati aku, aku nak berpurdah.
kekuatan aku untuk istiqomah tidak mampu aku ungkap. MasyaAllah..

Dua minggu lepas tu,
aku ambik keputusan nak berpurdah,, dalam diam aku jahit purdah tu tanpa pengetahuan mak. 

selesai aku menjahit purdah, aku call mak.
memandangkan aku duduk jauh dari keluarga, aku tanya "boleh tak aku nak tutup muka?"
mak jawab" hmmm.."
dalam hati sedih, sebab dalam keluarga aku tiada seorangpun niqabis..

hari kedua pulak, aku call lagi. aku cakap "aku nak pakai purdah"
mak cakap "terpulang, tapi kalau orang kutuk atau perli jangan pulak nangis!"
'hmmm,aku tahulah aku' dalam hati je..^_^

aku balik kampung jumpa nenek.
tanya nenek. "boleh tak aku nak pakai penutup muka? mak dah benarkan, nak tanya nenek pulak."
(haha)kalau aku cakap purdah bukan dorang faham..-,-"
nenek jawab "baguslah"
waahhh! nampaknya dapat lampu hijau, tp tu je dia jawab..=.="
nak pastikan lagi "nek, macam mana nanti kalau orang perli,?"
nasihat nenek "biarkan apa yang orang nak cakap yang penting, semakin orang cakap semakin tu kita usaha bukti kat orang-orang kita mampu"

itulah permulaan aku berpurdah. Masa turun kerja, aku jadi bahan perhatian pulak! =.="

masa nak balik kerja, aku ngan sepupu lalu depan kereta sapu. memandangkan aku ni terlampau cepat sangat jalan, sepupu tinggal belakang. Ada sekumpulan pemandu kereta sapu ni tanya aku, "nak balik?
aku buat derk je, buat tak tahu.
sepupu dengar apa yang dorang cakap. Dorang cakap "kau cakap melayu bukan dia faham. dia orang arab."
sabar je la. 

ok, tu je la yang dapat aku kongsikan dulu..^_^


Friday 28 June 2013

adakah hanya sekadar mimpi?

Jodoh dan pertemuan Allah dah tentukan.
kita merancang tapi perancangan Allah yang terbaik..
eh, kenapa tiba-tiba tajuk jodoh ni?
haa!!
tadi ada seseorang massege aku, dia cakap nak jumpa famly aku.
'eh! mimpi ke aku? ada ke orang nak terima niqabis macam aku ni yg bertutup bagai? ada ke??'
itulah perancangan Allah untuk aku.
tapi, sebenarnya aku belum bersedia memandangkan aku masih muda dan banyak benda yang aku masih perlu belajar.
aku balas massege dia cakap, 
'saya nak awak qiamulail seminggu, lancar baca surah an-nur dengan tajwid sekali, dan yang penting dapat suport saya dalam berniqab'
agak-agak susah tak syarat tu?
tu bukan syarat! tu hanya untuk persiapan sebelum pegang tanggungjawab yang lebih berat.
nati dah ada tanggungjawab agaknya tak kekok lagi nak buat semua tu bagai..
insyaAllah, dengan izin Allah kalau betul dia jodoh aku pasti Allah permudahkan.

SEGMEN JOM BERKENALAN BERSAMA BLOGGER

join segmen lagi, yang best segmen ni simple je.. ^_^
*KLIK SINI!*
Segmen ni JOM BERKENALAN BERSAMA BLOGGER,,
memandangkan saya blogger baru, so nak join segmen tu rajin je tanggan ni..:D (la sangat haha..^_^)

so lets go kita berkenalan..

memula nama: 
ok, nama penuh aku Niniarniaty BT Ismail (full name) :D
orang panggil nini atau along ^_^

aku lahir tahun 1993 bulan 02 hari 20 >.<"

cita-cita aku pulak, 
memandangkan aku suka menulis so, cita-cita aku nak jadi novelis. suka sangat menulis sampaikan entah apa yang aku tulis, kadang-kadang ayat aku tak tersusun! -,-"

warna kegemaran?? 
aku minat purple campur pink, (ade ke? :P ) haha
benda yang aku sayang, 
ermmm? rasa-rasanya, baju, hanfon dan yang penting semua barang dari hasil tangan aku, aku sayang.
sebab, barang tu hasil titik peluh aku..

ok, yang last ni tujuan aku berblog.
1. aku nak berdakwah melalui alam maya.
2. aku nak perah bakat aku dalam penulisan yang kadang-kadang tak tersusun! =,="
3. aku nak tambah kawan..

tu je kot yang dapat aku bagi tau..^_^"

1st Mini Giveaway by Mazni & Intan

assalamualaikum..alhamdulillah, join segmen lagi ^_^


*KLIK gambar *
25 JUN - 5 JULAI..


Thursday 27 June 2013

kehidupan, cinta, awak!


KEHIDUPAN?

CINTA?

AWAK??

Kehidupan??
apa makna kehidupan?
kenapa mencari erti kehidupan?

adakah kehidupan sama seperti mencari cinta??

Adakah kehidupan dan cinta sama seperti mencari awak yang kehilangan cinta dalam sebuah kehidupan tanpa arah??

awak!!
berlari sejauh manapun tanpa sebuah kehidupan yang nyata, tanpa sebuah cinta yang iklas, Awak tak akan dapat mencari makna kehidupan.!

Awak!!
ingatlah, sandarkan cinta awak kepada Allah. cintailah Allah lebih dari awak mencintai diri awak!!

InsyaAllah Awak akan temui!

Awak masa silam saya, 

masa silam bagi saya telah berlalu tanpa perlu saya ingat balik!

BANGKIT tanpa perlu menoleh lagi, andai ingin menoleh pastikan kita kuat!

saya harap awak faham, post ni agak pendek tapi bermakna untuk awak renung. 

RENUNG sejauh mana awak mencari erti kehidupan, sejauh mana awak mencintai Allah.

saya selalu stalk awak! TAPI awak tak pernah berubah. Bagi awak, hidup hanya untuk keseronokan.


maaf ^_^


Baru perasan -.-" maaf kepada awak yang singgah blog saya. 
saya baru perasan chatwing tu tak boleh letak link.. Silap saya.
 ok lepas ni nak tukar ^_^ haha..
Rasa bersalah pulak dahh..:D silap sendiri..

kenapa??


Ya Allah, hari ni penat join segmen 8 or entah berapa saya join..^_^ sekarang nak update post pulak..
 
kenapa asik pandang kebaikan kita seolah-olah tiada keburukan dalam diri kita?
kenapa kita suka pandang keburukan seseorang seolah-olah tiada kebaikan dalam diri dia??

kenapa??
kerana kita rasa kita je betul! "eh!kau asik buat salah je, satu pun tak betul-betul!"

Ya Allah! kadang-kadang manusia seperti ni macam nak je tangan ni letak cili cepat-cepat!

bila ingat balik, marah tu sebahagian dari sifat syaitan cepat-cepat istightifar ingat Allah.. 
sabar, Allah bersama orang yang sabar. tapi dalam hati terdetik jugak 'satu hari nanti bila aku dah takde baru ko sedar kot' -.-"

bila ingat balik kisah yang saya baca, kisah nabi. Ya Allah, rasa menyesal ada jugak sebab "kenapa aku tak boleh bersabar dengan perkara sekecil tu?"

sekarang dan selama-lamanya saya harap saya mampu istiqomah dalam mencari keredhaan Allah.

nota kaki:
-sentiasa ingat Allah dalam keadaan marah! ^_^

Mini Segmen by Sabrina SA




*KLIK sini! ^_^*

tamat pada 12 Ogos 2013 .

Segmen Review Blog By Misha


^_^


 *KLIK sini!*

TARIKH TAMAT 30 JUN


Segmen Menang RM50!


join lagii ! ^_^


*KLIK sini!*

gambar tu colek kat encik google sebab segmen tu takde banner -.-"

16/06/2013 - 17/07/2013



GIVEAWAY: Jom Menang Hadiah By AdamFaiz

 Alhamdulillah.. join segmen lagi ^_^


1x long Neclace 2x Fridge Magnet 2x Tudung Bawal 3x Souvanirs From Sabah3x keychain 3x Handkerchief 1x sarung Tisu

SENARAI HADIAH:


                                                 JOM join, KLIK SINI ! ^_^

Giveaway Pertama Bulan Jun


alhamdulillah.. join segmen lagi ^_^


*KLIK gambar*

Dateline : 30 Jun 2013

Hadiah bagi tempat PERTAMA :

Sehelai Tudung Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sendiri)
Topup

Hadiah tempat KEDUA :

 Sehelai Tudung Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sndiri)


SHORT SEGMEN BY SYIERA!


Assalamualaikum 
 KLIK BANNER UNTUK JOIN !

HANYA SEMINGGU !!!  

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

SABUN AQURA - 2x
WANG TUNAI RM 10 - 3x
BUKU ISLAMIK - 1x
BAWAL SATIN - 3x
NATURGO MASK - 1x
SHISEIDO WHITE MASK - 1x
INSTANT HIJAB - 3x

PEMILIHAN PEMENANG
100% RANDOM

GOOD LUCK !!!


Wednesday 26 June 2013

GIVEAWAY BY:SAIDAH&IKHWAN YUSUFF

Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100


alhamdulillah.. hari ni try join segmen.. fist tyme join segemen.. ^_^


*KLIK gambar*

JOM join..^_^
segmen bermula 25 jun 2013 dan TAMAT pada 30 jun 2013.


Tuesday 25 June 2013

berubah??

 
 
Kawanku... Terima Kasih kerana sudi membacanya. Bagi seterusnya...kamu hanya perlu pinjamkan mata dan hati menatap tulisan ini. Duduk dengan tenteram dan pandang dengan tenang. Tidak perlu berlari ke padang ataupun meredah hutan. Mudah, bukan?
Kamu mampu berubah! Semua orang mampu berubah menjadi lebih baik. Percayalah! Tidak tumbuh, tidak akan melata, tidak sungguh, orang tidak berkata. Jadi, apa yang saya kata itu benar.
 
Ramai yang cakap nak berubah, bila dah berubah berapa ramai yang istiqomah?? berubah tu senang TAPI istiqomah tu yang susah. Kalau kita cintakan Allah lebih tinggi daripada cinta kepada makhlukNya, insyaAllah kita mampu hadapi ujianNya! 

Kebiasaannya, mula perubahan kita ramai manusia sekeliling kita tidak suka dengan perubahan kita.
kenapa???
kadang-kadang persoalan ni  selalu bermain dalam fikiran saya..

Saya mula berhijrah tahun 2013 rasa-rasa 3 bulan sudah berlalu..
berniqab pulak hari ni genap sebulan iaitu 26.05.2013..
semoga Allah kuatkan diri ini utk terus istiqomah.. 

Kawanku...
Sebelum kita bergerak dan berikhtiar, kita perlu membuang batasan yang ada dalam fikiran kita. Semua orang pasti akan membataskan kemampuan diri. Benar, pepatah melayu ada menyebut "Ukurlah baju pada badan sendiri" supaya kita tidak bercakap besar. Ada juga pepatah menyebut "Tilik dahulu muka sendiri di cermin" bagi mengelakkan kita perasan diri sendiri terlalu sempurna. Orang yang sedar batasan diri sendiri barulah tidak akan dianggap "Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong".

Kawanku...
Sekiranya benar kamu berubah menjadi lebih baik kamu hanya perlu bertanya pada diri sendiri, "Apakah yang perlu aku lakukan sekarang?" Ya, sekarang. Bukan esok ataupun lusa. Kamu perlu tahu apakah langkah pertama dan seterusnya bagi membuat perubahan mulai sekarang. Kamu perlu tahu apakah yang baik dan buruk.
  
bila saat kamu sudah berubah, diuji pula dengan bermacam-macam ujian ingatlah!
 Jangan berhenti biarpun kamu gagal beberapa kali. Jangan putus asa biarpun kamu jatuh berkali-kali. Kerana suatu masa, akan sampai ketikanya kejayaan muncul tanpa sempat kamu menduga.

kawan, 
kita hanya HAMBA Allah!  tidak layak rasa nya andai kita bertanya "kenapa aku di uji??"
hadapilah, mohon kekuatan pada Allah. Hanya DIA tempat kita mengadu!

nota kaki;
kuatkan diri utk terus istiqomah!
pada entry yg akan datang, saya akan menceritakakn tentang seorang hamba Allah yg saya kenal, kini beliau sudah berjaya dalam perubahannya!

Monday 24 June 2013

tepuk dada tanya iman

Bissmillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum awak...
awak,
boleh tak saya nak cakap something? 
kadang-kadang awak tegur saya depan ramai orang, 
awak tahu saya malu, tapi saya diamkan je sebab apa???
sebab saya sayang awak!
saya sayang awak mcm keluarga saya sendiri..

awak,
boleh tak saya nak tanya??
kenapa awak suka tegur salah saya mcm awak je yg betul..
bukan saya tak suka,
TAPI..
awak boleh tak jaga hati saya, tegur saya elok-elok.
saya terima kalau awak tegur saya elok-elok...

awak,
pernah tak awak baca hadis ni??
"barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yg sebenarnya, barang siapa yg menasihati saudaranya didepan banyak orang, maka yg demikian itu mencela dan mencelakakan org yg dinasihat"

saya harap awak faham..

nota kaki:

Tepuk dada tanya iman? agak-agak apa ya maksud nya? (garu kepala yg tak gatal) ^_^
haaa! tak payah binggung-bingung, i just wanna tu say, sometime kite rasa kite ni perfect sangat sampai kita rasa nak tegur je salah semua orang yg ada depan mata, a'ahh! kenapa?? sebab kita tegur someone tu depan orang ramai. Kite rasa kite je perfect walhal kita lah hamba Allah yg tersangat perasan!

Saturday 22 June 2013

cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku bertanya pada alam semesta tentang erti CINTA,
lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:

“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang dipijak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Cinta hanya memberi, dan itu sajalah keinginannya.”

Air menjawab:

“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan

Api menjawab:

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang kata, ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak kelihatan, tetapi tanpanya segala jiwa akan hampa.”

Langit menjawab:

“CINTA adalah keluasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu

Matahari menjawab:

“CINTA adalah hidup untuk memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan jemu memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia ikhlas sehingga tak perlu dilihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang  tetap kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Akhir sekali, Aku bertanya pada CINTA itu sendiri:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu?”

CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meskipun engkau tidak melihatNya. Engkau tidak menciumNya atau merabaNya, tetapi engkau patuh kerana engkau merasa akan hadirNya. Sebab CINTA bukan indera, tetapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Dia meninggalkanmu. Takut jika Dia tidak menyukaimu lagi. Hingga engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan kepadaNya tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi hambaNya, yang engkau hidup untukNya dan mati untuk RedhaNya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain kepadaNya. Engkau rindu akan hadirNya dan melihatNya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci apa yang dia benci, engkau merasakan segala ada padaNya dan segala atas namaNya.”

Aku bertanya lagi pada CINTA:

“Dapatkah aku merasakannya?”

Sambil berlari CINTA menjawab:

“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia berikan, maka itu semua akan engkau rasakan, percayalah padaku….”

Aku pun Berteriak, “Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…!”


Friday 21 June 2013

abang mencintai syg sebab apa?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,   “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.     Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.   Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”   Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

nota kaki:
- bukan situasi saya. ^_^

kisah ibu bermata satu

Ibuku hanya memiliki satu mata.
Aku membencinya? dia sungguh membuatku menjadi sangat memalukan.

Dia bekerja memasak buat para murid dan guru di sekolah? untuk menopang keluarga.
Ini terjadi pada suatu ketika aku duduk di sekolah dasar dan ibuku datang. Aku sungguh dipermalukan. Bagaimana bisa ia tega melakukan ini padaku?

Aku membuang muka dan berlari meninggalkannya saat bertemu dengannya.

Keesokan harinya di sekolah?

Ibumu bermata satu?!?!� ??. eeeee ejek seorang teman.
Akupun berharap ibuku segera lenyap dari muka bumi ini.

Jadi kemudian aku katakan pada ibuku? Ma? kenapa engkau hanya memiliki satu mata? Kalau engkau hanya ingin aku menjadi bahan ejekan orang-orang , kenapa engkau tidak segera mati saja?!!!� ?

Ibuku diam tak bereaksi.

Aku merasa tidak enak, namun disaat yang sama, aku rasa aku harus mengatakan apa yang ingin aku katakan selama ini? Mungkin ini karena ibuku tidak pernah menghukumku, akan tetapi aku tidak berfikir kalau aku telah sangat melukai perasaannya.

Malam itu?

Aku terjaga dan bangun menuju ke dapur untuk mengambil segelas air minum.
Ibuku sedang menangis disana terisak-isak, mungkin karena khawatir akan membangunkanku. Sesaat kutatap ia, dan kemudian pergi meninggalkannya.

Setelah aku mengatakan perasaanku sebelumnya padanya, aku merasa tidak enak dan tertekan. Walau demikian, aku benci ibuku yang menangis dengan satu mata. Jadi aku bertekad untuk menjadi dewasa dan menjadi orang sukses .

Kemudian aku tekun belajar. Aku tinggalkan ibuku dan melanjutkan studiku ke Singapore.

Kemudian aku menikah. Aku membeli rumahku dengan jerih payahku. Kemudian, akupun mendapatkan anak-anak, juga.

Sekarang aku tinggal dengan bahagia sebagai seorang yang sukses. Aku menyukai tempat tinggal ini karena tempat ini dapat membantuku melupakan ibuku.

Kebahagiaan ini bertambah besar dan besar, ketika?

Apa ?! Siapa ini?!

Ini adalah ibuku? Masih dengan mata satunya. Aku merasa seolah-olah langit runtuh menimpaku. Bahkan anak-anakku lari ketakutan melihat ibuku yang bermata satu.

Aku bertanya padanya? Siapa kamu? Aku tidak mengenalmu! !� Kukatakan seolah-olah itu benar. Aku memakinya? Berani sekali kamu datang ke rumahku dan menakut-nakuti anak-anakku! KELUAR DARI SINI! SEKARANG JUGA! � ?

Ibuku hanya menjawab? Oh, maafkan aku. Aku mungkin salah alamat. � ?

Kemudian ia berlalu dan hilang dari pandanganku.

Oh syukurlah? Dia tidak mengenaliku. Aku agak lega. Kukatakan pada diriku kalau aku tidak akan khawatir atau akan memikirkannya lagi. Dan akupun menjadi merasa lebih lega?

Suatu hari, sebuah undangan menghadiri reuni sekolah dikirim ke alamat rumahku di Singapore Jadi, aku berbohong pada istriku bahwa aku akan melakukan perjalanan dinas. Setelah menghadiri reuni sekolah, aku mengunjungi sebuah gubuk tua, dulu merupakan rumahku? Hanya sekedar ingin tahu saja.

Di sana, aku mendapati ibuku terjatuh di tanah yang dingin. Tapi aku tidak melihatnya ia mengeluarkan air mata. Ia memegang selembar surat ditangannya? Sebuah surat untukku.

Anakku?
Aku rasa hidupku cukup sudah kini?
Dan? aku tidak akan pergi ke Singapore lagi?
Tapi apakah ini terlalu berlebihan bila aku mengharapkan engkau yang datang mengunjungiku sekali-kali? Aku sungguh sangat merindukanmu?

Dan aku sangat gembira ketika kudengar bahwa engkau datang pada reuni sekolah . Tapi aku memutuskan untuk tidak pergi ke sekolahan. Demi engkau?

Dan aku sangat menyesal karna aku hanya memiliki satu mata, dan aku telah sangat memalukan dirimu.

Kau tahu, ketika engkau masih kecil, engkau mengalami sebuah kecelakaan, dan kehilangan salah satu matamu. Sebagai seorang ibu, aku tidak bisa tinggal diam melihat engkau akan tumbuh besar dengan hanya memiliki satu mata. Jadi kuberikan salah satu mataku untukmu?

Aku sangat bangga akan dirimu yang telah dapat melihat sebuah dunia yang baru untukku, di tempatku, dengan mata tersebut. Aku tidak pernah merasa marah dengan apa yang kau pernah kau lakukan? Beberapa kali engkau memarahiku?

Aku berkata pada diriku? Ini karena ia mencintaiku?

Teman-temanku?

Pesan (di atas) ini sungguh memiliki sebuah arti yang sangat mendalam dan dikirim untuk mengingatkan banyak orang bahwa kebaikan yang telah mereka nikmati selama ini adalah berkat seseorang, entah secara langsung maupun tidak langsung.


Renungkan sesaat dan lihatlah dirimu!.

Berterima kasihlah akan apa yang kamu miliki saat ini dibandingkan dengan jutaan orang yang tidak memiliki kehidupan seperti yang engkau peroleh saat ini !

Bawalah (selalu) ibumu dalam doa di mana saja engkau berada !�


- sumber tidak di ketahui.. :D -

Thursday 20 June 2013

tenanglah wahai hati

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi.. kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita....

alhamdulillah.

Assalamualaikum..

fist taip menaip ni, rasa agak kekok la sikit bila dh lama tak menaip kat blog, sbb blog lama dh dbuang selepas berhijrah.. Semua saya tukar baru, fb baru, blog pun baru, fanpage dh serah kat owner baru,.. uarrrggg! idea entah, nak baru jugak kot.. :D btw saya happy bila semua baru sebab nya saya tidak perlu dah fikir yg lama. ehhh! sapa cakap?? sbb yg lama tulah saya bangkit ! bangkit agar tidak terjatuh lagi, lagi dan lagiii!!! 

nak menaip lagi, lagi dan lagi tapiiiiiiii idea dh bertukar jadi baru so loading pun agak slow nak memerah. . so kesimpulannya, sampai sini je la.. ehh! jgn lupa baca about saya! ^_^