berubah??
Kawanku...
Terima
Kasih kerana sudi membacanya. Bagi seterusnya...kamu hanya perlu
pinjamkan mata dan hati menatap tulisan ini. Duduk dengan tenteram dan
pandang dengan tenang. Tidak perlu berlari ke padang ataupun meredah
hutan. Mudah, bukan?
Kamu
mampu berubah! Semua orang mampu berubah menjadi lebih baik.
Percayalah! Tidak tumbuh, tidak akan melata, tidak sungguh, orang tidak
berkata. Jadi, apa yang saya kata itu benar.
Ramai yang cakap nak berubah, bila dah berubah berapa ramai yang istiqomah?? berubah tu senang TAPI istiqomah tu yang susah. Kalau kita cintakan Allah lebih tinggi daripada cinta kepada makhlukNya, insyaAllah kita mampu hadapi ujianNya!
Kebiasaannya, mula perubahan kita ramai manusia sekeliling kita tidak suka dengan perubahan kita.
kenapa???
kadang-kadang persoalan ni selalu bermain dalam fikiran saya..
Saya mula berhijrah tahun 2013 rasa-rasa 3 bulan sudah berlalu..
berniqab pulak hari ni genap sebulan iaitu 26.05.2013..
semoga Allah kuatkan diri ini utk terus istiqomah..
Kawanku...
Sebelum
kita bergerak dan berikhtiar, kita perlu membuang batasan yang ada
dalam fikiran kita. Semua orang pasti akan membataskan kemampuan diri.
Benar, pepatah melayu ada menyebut "Ukurlah baju pada badan sendiri"
supaya kita tidak bercakap besar. Ada juga pepatah menyebut "Tilik
dahulu muka sendiri di cermin" bagi mengelakkan kita perasan diri
sendiri terlalu sempurna. Orang yang sedar batasan diri sendiri barulah
tidak akan dianggap "Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong".
Kawanku...
Sekiranya
benar kamu berubah menjadi lebih baik kamu hanya perlu bertanya pada
diri sendiri, "Apakah yang perlu aku lakukan sekarang?" Ya, sekarang.
Bukan esok ataupun lusa. Kamu perlu tahu apakah langkah pertama dan
seterusnya bagi membuat perubahan mulai sekarang. Kamu perlu tahu apakah
yang baik dan buruk.
bila saat kamu sudah berubah, diuji pula dengan bermacam-macam ujian ingatlah!
Jangan
berhenti biarpun kamu gagal beberapa kali. Jangan putus asa biarpun
kamu jatuh berkali-kali. Kerana suatu masa, akan sampai ketikanya
kejayaan muncul tanpa sempat kamu menduga.
kawan,
kita hanya HAMBA Allah! tidak layak rasa nya andai kita bertanya "kenapa aku di uji??"
hadapilah, mohon kekuatan pada Allah. Hanya DIA tempat kita mengadu!
nota kaki;
kuatkan diri utk terus istiqomah!
pada entry yg akan datang, saya akan menceritakakn tentang seorang hamba Allah yg saya kenal, kini beliau sudah berjaya dalam perubahannya!
No comments:
Post a Comment