Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri
: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri
: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara
yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan.
Namun
begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si
suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya
masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap
mendengar, “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang
bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang
bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai
mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah
engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.” Maka menitis lah
air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
nota kaki:
- bukan situasi saya. ^_^
No comments:
Post a Comment