Monday, 26 August 2013

berlapang dada


Assalamualaikum..

maaf yee, lama tak menaip selalu join segmen je.. ^_^ tulisan ni lama dah nak publish tapi masa yang tak mengizinkan (ewahh! alasan die) hehe.. bukan masa yang tak mengizinkan tapi aku yang malas nak taip panjang-panjang..hehe

Ok, fuhhh (tarik nafas jap :D ) 
Tadi aku pergi cek facebook aku, aku cek status kawan kat facebook aku yang ada kat home tu je ok. :) tiba-tiba ternampak status hamba Allah nih,  baik betul sikap die kan. Aku tak suka bila perlukan aku mula lah nak atur ayat baik giler punya, bila dah tak perlukan aku buang aku macam sampah yang dah tak diguna, sampah tu jugak la yang tolong. Sebenarnya, aku tak kisah sangat bab tu, aku kisah bila aku dah berubah sikap aku yang dulu terus di ungkin. Aku tak tahu apa motif dia, tapi aku tetap maafkan dia. Aku yakin pada janji Allah, pasti Allah akan balas jugak nanti. Kadang-kadang, mulut aku cakap tak kisah tapi hati aku yang tanggung. Aku tahu ni ujian Allah untuk aku. 

Sedih jugak bila kita dah tolong ni balasan dia?? takpe la kan, sebenarnya aku TAKDE MASA nak ambil tahupun hal hidup awak, wahai hamba Allah. Aku nak refresh balik.
" Dulu, telingga ni yang awak pinjang untuk mendengar setiap masalah awak. Masalah keluarga awak, masalah sekeliling awak.
mulut ni yang bagi nasihat untuk awak,semangat tuk awak.
hati ni yang tanggung bila awak maki hamun, marah tanpa sebab. 
awak marah bf awak sampai hati ni yang tanggung.
diri ni yang sama-sama tanggung susah senang permulaan kita bangkit di tengah bandar, tapi.. ingat tak awak wahai hamba Allah, mulut ni yang cakap 'biar dia yang dulu dapat tak apa, nanti aku cari lagi' ingat tak awak wahai hamba Allah???
mungkin awak tak ingat sebab KESALAHAN yang aku lakukan." 

Sekarang aku taknak dah pisang berbuah dua kali. Cukup dah bagi aku segala apa yang berlaku. Mula kan haluan hidup sendiri, aku dapat hidup tanpa pertolongan sesiapapun! tapi aku tak dapat hidup tanpa pertolongan Allah dan keluarga aku. Mereka nadi aku, mereka semangat aku sampai bila-bila. 

Apa-apa pun, aku tak ada masa nak jaga hidup awak. terserah pada awak. :)

Ok, nak bahagia kan?? kalau nak bahagia, lupakan kesalahan orang lain dan maafkan kesalahan dia. Sekarang jangan simpan dendam sebab dendam tu yang akan memakan diri kita sendiri ^_^ yang lebih penting, doa kebahagian untuk orang yang pernah lakukan kesalahan pada kita. Rasululluh lagi ampunkan umatnya, ni kan pula kita manusia biasa. 

3 comments:

  1. kana bnyak bersabar..memaafkn 2 lebih dan lebih tenang..kalau dh lama simpan perasaan bnci..pastu busuk dan buruk je hati kita..

    ReplyDelete