Thursday, 11 July 2013

excited.. hihi

Assalamualaikum ^^,
Tarawih malam yang ke 2 dan ke 3,,  nak tahu apa yang aku alami? haha..
ok2, malam ke 2 aku tarawih dekat surau berdekatan rumah aku, haaa.. Tahu tak, itulah fist time aku jejak kaki lagi dekat surau selepas 2 atau 3 tahun kot aku tak jejak kaki kat surau berdekatan rumah aku, tipulah kalau aku cakap aku fist time dalam hidup aku jejak kaki kat suraukan. Sebelum ni nak jejak kaki ke surau pun payah dah tahu kenapa kan? hihi ok, aku tolong jawab, di sebab kan aku masih jahil lagi masa tu, puasa lepas pun aku tak pergi surau. Masa nak pergi tarawih malam yang ke 2 tu, rasa macam baru jejak kaki ke surau, jalan kaki pergi surau bila dah samapi depan surau, excited gile la masa tu sampaikan aku berdiri lama depan pintu surau, orang yang duduk luar masa tu semua toleh pandang aku, dorang pelik kot tengok aku tercegang lama kat depan pintu, bila aku toleh ke belakang ya Allah! ramai lagi yang tunggu aku nak gerak ni, tiba-tiba makcu dari belakang terus jalan, laju dia jalan masuk surau. Aku yang masih tak gerak lagi cepat-cepat kejar dia.. hahaha malu! >.<

Tarawih malam yang ke 3 pulak, aku tarawih dekat masjid, Almaklumlah malam jumaat kan ^_^. Tarawih dekat masjid, aku dengan nenek. Masa masuk masjid pulak aku tiba-tiba boleh jadi blur. hahaha. Aku ikut je nenek, mata aku tak lepas tengok jemaah dalam masjid. Aku macam rasa di perhatikan, haha.
Sebenarnya kan, aku seorang yang pemalu. Bila aku sorang je nak pergi masjid, jangan harap lah aku nak pergi. Aku sanggup tunggu nenek ajak pergi masjid, tapi nenek cakap malam jumaat je pergi masjid, ok aku tak kisah ^_^

sebenarnya ini lah pengajaran untuk aku, siapa suruh kaki ni berat nak pergi surau. Apa-apa pun, kita semua ada pengalaman yang tersendiri kan ^_^

Aku kagum tengok budak-budak pergi solat tarawih, dorang ikut sampai habis. Sama jugak macam orang tua yang nak bergerak pun payah, dorang tarawih sampai habis.
Aku tengok nenek aku, ya Allah! payah nye dia nak angkat berdiri lepas tu duduk lagi, Aku tnya dia "nek larat ke?" apa dia jawab. "bukan selalu pun solat lama macam ni," lepas tu dia senyum, Semangat nye dia nak habiskan, Ramai yang muda-muda bila dah rakaat yang ke 8, angkat terus balik..
bukan selalu solat terawih ni sebulan je.

1 comment:

  1. Betul tu. Solat terawih ni sebulan je. Tapi ramai yang liat. Hehe~

    ReplyDelete