memang betul apa yang kawan aku cakap, setahun yang lalu aku seorang yang free hair. Solat pun sama macam dia on off, kadang-kadang tu tak solat langsung, kadang-kadang ada jugak orang cakap.
"harap je sekolah agama."
betul, aku sekolah agama 5 tahun, 5 tahun aku kat sekolah agama, banyak yang ustaz dan ustazah ajar. Banyak sangat jasa mereka kat aku tapi aku je yang nakal taknak dengar apa dorang cakap, JANGAN SALAHKAN ustaz atau ustazah yang ngajar tapi salah diri aku yang taknak dengar! Aku tahu hukum dedah aurat, aku tahu dosa tinggal solat. aku tahu, bukan aku tak tahu.
'kenapa buat jugak?'
haaa, tu la dia, darah remaja suka memberontak. Aku manusia biasa bukan malaikat, aku tergoda oleh bisikan syaitan yang suruh aku buat tu buat ni, Allah suruh ada aku ikut? Banyak dosa aku kat Allah. Alhamdulillah Allah bagi aku hidayah..
Eh! hidayah Allah tu dari kita bergelar hamba Allah dah ada cuma kita je yang buta, masih nak buat jugak. Kenapa degil sangat nak ikut apa Allah suruh? tu la dia darah remaja aku,.
Mula aku berubah Tahun 2013, sebenarnya hati aku mula tergerak nak berubah tahun lepas tapi aku degil.
2012, bulan 11 aku suka on facebook,, aku on facebook ni sebab nak baca post islamic kawan-kawan tapi sebenarnya aku sedih jugak sebab kebanyakan post mencarut, sikit je kawan-kawan post islamic. Aku buka fanpage islamic lepas aku baca aku syere. Hari-hari aku on facebook buat benda yang sama, satu hari tu aku nak syere apa yang aku baca tiba-tiba aku ternampak status post kawan "jadilah diri sendiri jangan jadi munafik" Allah, betul-betul aku sedih, lepas dari tu aku jarang dah. Sebenarnya dari situ je aku nak tarik diri aku untuk terus dekatkan diri dengan Allah. Almaklumlah kawan-kawan aku ramai yang macam aku, free hair. Aku masa tu masih kerja, kerja kat kedai buku, masa kerja aku pakai tudung, balik kerja tudung melayang, so masa kerja ada orang cina selalu lepak dengan aku. Macam-macam soalan agama dia aju kat aku, nasib aku bekas sekolah agama tahu la jugak, ingat apa yang ustaz dan ustazah ajar. Dia tanya kenapa orang islam pakai tudung? aku cakap'Allah yang suruh' (terkena sebijik kat muka aku!) sebenarnya macam-macam dia tanya, yang paling mengelikan hati aku, dia tanya. Orang islam di tanam kepala ke atas ke?.. masa tu nak jugak tergelak, 'aku cakap tak. haha..ok, banyak sngat kalau aku nak taip.
2012 bulan 12, aku berhenti kerja. Aku selesa sebanarnya kerja kat situ, bos aku tu jenis yang owsem. Jarang nak marah kat aku, Tapi kerana Allah aku berhenti, aku nak kejar hidayah Allah. dngan cara tu je aku mampu, Aku balik rumah kakak sepupu, sebab dia je mampu tolong aku nak berubah. Satu hari tu aku cakap kat dia aku nak berubah, aku nak pakai tudung, aku nak solat tapi tunggu tahun 2013 (hihi). Aku taknak lah pakai tudung macam tudung saji tu, kejap buka kejap tutup. Bulan 12 langsung aku belum bertudung, baju pun tak cukup kain.
Bulan 12 tu masa aku nak cari kerja baru, dia pun sama. Tiap hari cari, penat jugak.
masuk tahun 2013, masa tula aku kena pakai tudung, tapi aku cakap kat sepupu aku, aku belum bersedia nak pakai tudung. Tapi dia suruh jugak, so dengan berat hati aku pakai tudung dan memandangkan aku pernah janji nak pakai tudung tahun 2013. Masa keluar tu ada la jiran perli aku, aku cakap kat sepupu aku, aku nak balik buka tudung. Lemahnya semangat aku masa tu, aku nak nangis je rasa tapi sepupu bagi aku kekuatan dan nasihat. Alhamdulillah, mulai hari tu aku dah pakai tudung, solat pun mula terjaga.
Dengan izin Allah, Allah bagi kami rezeki. Aku dan sepupu dapat kerja, kerja tu senang je. Tak menjejaskan perubahan aku langsung ^_^, selepas dapat kerja, so beberapa hari kerja tak sangka rezeki Allah bukan sampai situ, ada beberapa orang jumpa kami tanya dah dapat kerja? kalau belum tempat dia ada kerja kosong. Bukan sorang je, kalau tak silap 3 orang. Alhamdulillah. Tapi masa tu aku masih belum tutup aurat dengan sempurna, macam remaja kat luar sana ramai yang pakai tudung tapi berapa ramai yang tutup aurat?? haaa! tu la aku, masih permulaan. Tapi tudung dah tak lepas dah, still pakai kalau nak keluar.
bulan 2 tahun 2013, di takdirkan aku demam seminggu, Allah rasa seksa tu aku rasa macam nak mati. Malam masa aku demam aku selalu mimpi aku mati, siang pulak aku rasa macam jasad aku je yang hidup. Siksa sesangat. seminggu aku tahan demam tu, 3 kali jumpa doktor. Tu hidayah Allah kat aku suruh berubah sebelum ajal menjemput.
seminggu lepas aku demam atuk sakit. Ya Allah, dugaan untuk aku. Atuk di hantar pergi hospital, aku sempat jaga dia 2 hari, kalau tak silap aku. Tanda-tanda dia nak pergi tu dah ada,.
28.02.2013 dia menghembuskan nafas yang terakhir, tarikh tu tarikh lahir sepupu aku. Sedih la jugak.
arwah di bawa balik kampung, 01.03.2013 arwah di kuburkan. haaa, masa tu lah sekali lagi Allah bagi aku hidayah, Masa arwah nak di tanam tu, tiba-tiba satu perasaan yang lain aku rasa. Dalam hati aku "kalaulah arwah tu aku, tak sempat aku nak bertaubat." Allah! sehari lepas tu aku pergi bandar, beli baju longgar dengan duit yang aku ada,. so, mulai dari hari tu aku berazam nak berubah, Tapi ambil masa yang agak lama.
nanti aku cerita lagi permulaan aku berubah pakai pakaian yang menutup aurat.
Menarik. Saya pun ada masalah yg sama tp saya sudah tua dah masih belum disliplin tutup aurat. Saya pun sklh agama... bila urusan luar pakai tp bila ke pasar, kawasan dekat rumah or beriadah saya jd tudung salji. Tak nak hiprokrit. Tp rimas nak 24 menutup. Rasa spt blk duduk di asrama agama. Pergi toilet pun kena tutup kepala. Saya tahun hukum tp bila urusan harian sebagai surirumah, jd alasan besar utk bertudung. Mungkin sbb saya duduk di condo, ramai islam, saya pun bukan sombong sgt...bertegur jugak. Org rasa janggal dgn imej tudung salji. Saya kdg berenang di kolam & ke gym. Saya x btudung dlm compound condo ni jek. Itupun dah jd isu. Sbb parent2 kawan anak saya dah mula perasan. Sebgi ibu saya kena tunjuk cth yg baik bukan? Hmm... sedih... marah... menyampah... tak perlu lah tnya soalan melalui anak saya. Saya boleh jawab terus kalau mereka tegur. Tapi rasanya org pun takut dgn saya... sbb muka saya serius or malas nak ramah sgt dgn org. Sbb saya tahu... nobody perfect. Saya cuma nak keselesaan. Tapi nampaknya semua org keliru... label sya jahil. Takpelah... saya pasrah jek... semoga Allah permudahkan jiwa saya utl berubah.
ReplyDeleteI think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. Hifz Quran for for adult
ReplyDelete