permulaan ^_^
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, baru dapat menaip lagi.. semalam sibuk sesangat. Pagi tadi rehat jap penat.. Nak sambung macam mana aku mula pakai pakaian yang menutup aurat.
Sebenarnya aku sendiri tak sangka aku boleh berubah sampai menutup aurat, bertudung labuh dan berniqab bagai. Sometime tu aku rasa "eh, aku ke ni?" kenapa aku tak percaya? sebab sebelum ni aku tak pernah pakai tudung labuh. TIPU! (hahaha) memang pun, aku pernah pakai tudung labuh masa tingkatan 1 je, tingkatan 2 hingga 5 aku gunting tudung aku bagi nampak pendek. Tiap kali mak beli tudung labuh, aku gunting, sehinggakan mak cakap dah taknak beli dah tudung labuh untuk aku.. So, bila ada cek tudung labuh mula la gelabah semacam. Sebenarnya bukan tudung aku je yang aku gunting, tudung adik-adik pun aku gunting biar nampak pendek. (kakak yg jahat! =.=")
Bukan tu je, dalam sekolah aku bertudung bila dekat luar sekolah tudung melayang. Solat pun on off je, bila rasa nak solat aku solat. Sebab tu aku tak percaya aku boleh bertutup aurat dah sekarang. Selalu bila depan cermin, aku akan termenung kenapa aku boleh berubah. Kenapa dulu aku aku taknak berubah macam sekarang? kenapa aku taknak gunakan keistimewaan yang Allah dah bagi kat aku, Allah bagi aku peluang sekolah kat sekolah agama. Jahatnya aku dekat Allah. Alhamdulillah Allah masih sayang aku, Dia bagi aku pertunjuk sehingga aku sempurna menutup aurat.
Permulaan aku menutup aurat dulu memang mencabar, Mula-mula aku memang tak selesa, kerana Allah aku usahakan. Fist aku berubah aku rasa memang agak mencabar, bagi aku memang la sebab nya aku kena pakai baju longgar yang menutup aurat, kena pakai tudung labuh lagi, kena pakai sarung tangan, kena pakai stokin dan kena jaga pergaulan yang paling penting jaga mulut aku supaya tak mencarut bagai.
mula-mula tu aku pakai baju longgar tapi seluar masih ketat. Allah! memang tak selesa, macam badut pun ada. Takpe, aku usaha. Masa tu aku masih belom ada seluar longgar lagi, seluar tu seluar free hair aku. Agak lama jugak aku pakai macam tu, lepastu aku cuba pulak pakai stokin. Uwaaa! tahu tak apa aku rasa? Aku rasa macam lepas berpantang, nasib masa tu bukan aku sorang, sepupu ada. so bila aku rasa macam tu, rasa nak je tanggal, ketawa memang tak lepas la, sampai rumah ketawa. Sakit perut ketawa, sepupu cakap "orang lain tak tengok pun, kita dua je rasa macam tu" hahaha.. mana taknya, stokin yang kami 2 pakai stokin bewarna..
Masuk bulan 4, aku mula pakai seluar longgar yang tak nampak bentuk kaki. Ya Allah! aku rasa tak selesa, Almaklumlah sebelum ni pakai seluar ketat. Tudung pulak aku pakai shawl bertabarujj pulak, nak buat macam mana dah biasa, sikit-sikit aku usaha buangkan. Beberapa minggu lepas tu aku pakai tudung labuh, cayalah! memang macam ustazah pun ada! Kena perli bagai memang tak lepas punya, yang penting kena pekakkan telingga mohon pada Allah bagi kekuatan.
Masuk bulan 5, aku mula jahit niqab. kekuatan aku untuk berniqab memang kuat, seminggu lepas niqab siap aku call mak. Aku pernah cerita dalam post aku yang lepas.
So sekarang Alhamdulillah aku dah berniqab..
No comments:
Post a Comment