2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KENERAKA!
Assalamualaikum..
sekarang idea nak menaip takde, so aku nak kongsi sedikit apa yang aku baca..^_^
2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KENERAKA!
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu perayaan, dimana seorang wanita di lantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasululluh SAW. Tujuannya untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus kepada kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di baabun nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, bilal memanggil Rasululluh SAW. Baginda pun pergi kesana dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamualikum.. wahai kaum wanita. Aku melihat kamu lebih banyak di neraka."
seorang wanita lalu bangun dan bertanya.
"Apakah yang menyebabkan demikian? adakah sebab kami ni kufur?"
Rasululluh menjawab.
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok dan boleh menjerumus kamu ke neraka:
1. kamu banyak mengutuk/ menyumpah.
2. kamu kufur kebaikan suami.
maksud mengutuk/ menyumpah ialah seperti contoh ini.
contoh 1: katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin akan berkata, "Driver ni dah mampus agaknya." perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah.
Contoh 2: tengah memasak, gas habis. Kita mungkin akan berkata. "celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis" Yang maksud kufur disini bukan kufur itiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah di tunaikan oleh suami.
Rasululluh SAW bersabda:
"mana-mana istri yang berkata 'Awak ini, saya tak pernah nampak satu pun kebaikan awak'. maka akan gugur pahala-pahala amalannya.
Saranan Rasululluh yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak istighfar dan bersedekah kerana dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang menjerumus kita ke dalam api neraka seperti disebutkan tadi.
Sumber: Kisah benar.
No comments:
Post a Comment