Tuesday, 13 August 2013

aku tak kuat.


Assalamualaikum ^_^
wahhh! rindu nye kat blog ni. (hahaha) seminggu lebih blog ni terbiar je..
Nak cakap ni, nak luah yang aku dah tak kuat nak istiqomah berpurdah.
sebenarnya kan, aku tak kuat nak teruskan berpurdah macam orang lain. Hari tu jumpa kawan, dia jugak dah tak berpurdah. Nak kekalkan  berpurdah tu, aku tak kuat. Permulaan dulu dah aku di tentang keluarga sendiri, macam-macam yang aku terima, sikit je keluarga yang bagi semangat kat aku, nenek lah yang selalu bagi semangat kat aku, tapi bila dah balik rumah sendiri, semangat dan nasihat nenek hilang macam tu je. 
masa aku nak balik kampung hari tu, sebelum raya. Aku fikir masak-masak, berpurdah ke tak?

Aku cemburu kat orang yang keluarga dia pegangan agama kuat, aku?? hummm, dari yang free hair yang sosial berubah ke arah bertudung biasa, tak lama kemudian berpakaian longgar menutup aurat sehinggalah hati terdetik berpurdah. Tapi semua tu tak  lama. Mak tak suka aku berpurdah, kalau dia jumpa orang yang bertutup semua, mula lah nak perli " haaah, tengok tu kawan along." Ya Allah, hati mana yang kuat bila dah kena perli bagai. Aku harap, dah kawen nanti aku pakai purdah balik. aku perlukan nasihat untuk aku teruskan berpurdah.

Hati ni Allah ciptakan kecil je,
bila terluka, hati ni jugaklah yang tanggung. Bila gembira, hati ni jugak lah yang merasa. Bila kecewa, hati ni jugak lah menahan semua rasa. 

Alhamdulillah, aku masih bertudung labuh. InsyaAllah sampai bila-bila aku tidak akan buka tudung aku kerana Allah. Aku bertudung labuh, ada jugak keluarga besar yang tak suka. Allah! aku tak tahu apa yang dorang nak. Pernah satu persoalan yang terus bermain kat kepala hotak aku nih, "dulu, kenapa mak hantar aku pergi sekolah agama??" 5 tahun aku belajar kat sekolah agama, kalau tak suka kenapa tak hantar aku pergi sekolah biasa? pernah uncle cakap kat aku, dia cina. "dah macam orang sana-sana dah" tersentuh hati aku.


 ok, nih la aku, masih berpakaian serba hitam meski pun dah tak berpurdah. Gambar ni kat kampung nenek.

Sunday, 4 August 2013

perlu ke aku nak cakap??


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^

Ya Allah, sesak jiwa aku bila aku simpan je rasa ni. Aku benci bila aku ada masalah aku kena simpan sorang-sorang. Aku benci dengan diri aku. Perlu ke aku nak luah aku sedih? perlu ke aku luah aku sakit hati? perlu ke aku cakap aku tak apa-apa?  Perlu ke?????  Apa-apa pun, aku tak kisah. Tersenyum selagi termampu ^_^ YA! 

Apa-apa pun, aku nak cakap aku ok je ^_^,, tp jiwa aku sesak. Aku ingat lagi, dulu sebelum aku berubah, perangai aku gila sikit. Bila aku rasa sedih, aku akan bawak moto sampai dapat membahaya kan diri aku, (aku ada lesen moto la >.< ) Masa tu, macam aku sorang je kat jalan. Kadang-kadang, bila mak tak bagi aku bawak moto bila aku ada masalah, aku akan duduk dalam bilik, kelar tanggan aku sampai berdarah. Ada masalah je, aku terfikir nak bunuh diri, macam dah takde agama. Kadang-kadang, takde masalah tapi bila mak marah mula la aku buat macam-macam kat diri aku sampai aku puas hati. Pernah satu hari tu, mak ternampak bekas luka kat tanggan aku, dari tu jarang dah dia nak marah aku. Aku agak manja sikit dari adik-adik lain sebab usia kami jauh beza 4 tahun, mungkin sebab tu aku agak manja.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Bila ada masalah, aku akan mengadu pada Dia. Hanya Dia je yang mampu bagi aku tenang. Allah maha mendengar, Dialah kekasih kita. 

Sedihnye nak lepaskan Ramadhan tahun ni.

"Aku lihat ramadhan dari kejauhan..
lalu aku sapa ia, 'hendak kemana?'
dengan lembut ia berkata,

'maaf, aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong samapaikan pesananku untuk orang yang bernama mukmin. Ajaklah sabar untuk istiqomah saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa. Itupun syawal, ia sudah tiba...'

ku lihat ramadhan pergi jauh..
'Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya?'

Saturday, 3 August 2013

Kau tak couple?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..

Maaf, mungkin post aku kali ni agak sensitive sikit, tapi ini lah aku. Cuma nak kongsi apa yang aku alami dan apa yang terjadi dalam hidup aku.

Ramai kawan sekeliling aku tanya "eh, sape bf kau?", "betul ke kau dah tak couple?", "kalau kau tak couple macam mana kau nak kenal bakal suami kau?" dan "bla..bla..blaa..blaaa"
Ok, bagi soalan tu, ya! memang aku dah tak couple, kalau dulu ya aku couple. faham ke? hehe ^_^,
sekarang aku dah tak couple, sebab couple tu haram. Haram maksud aku, ialah mendekati zina. Ok nak faham sikit, mehh aku bagi huraian pada maksud aku.

Permulaan zina, di kisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi Yahya As. "apa dari permulaan zina?" Nabi menjawab "memandang dan berangan-angan." Jadi, seseorang yang mampu menundukkan pandangannya, maka ia mampu pula menjaga fikiran, hati serta kemaluannya. Memandang merupakan dosa kecil yang apabila dituruti ia dapat membawa pada dosa besar iaitu zina farji (kemaluan)

Kalau kita bercouple, boleh ke kita elak untuk tidak berangan-angan?? hemmm...kalau aku, memang tak boleh, bila couple je, mesti berangan-angan sampai tak tercapai angan-angan tu, haaa! ni berdasarkan pengalaman aku..>.<".. Ok, bagi soalan macam mana nak kenal bakal suami kalau tak couple, ni senang je. Yakin pada Allah, insyaAllah Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Nak citer lagi?? mak dan ayah aku, tak couple tapi sampai sekarang boleh je jaga anak-anak dia. 
"Eh!! kau nak samakan zaman kita dengan zaman dorang ke??" bagi aku pulak, Allah tak pernah berubah mengikut zaman, janji Allah tu pasti sampai bila-bila pun tak kan pernah berubah. Tak nak ke rasa Allah bagi kejutan untuk kita? dah kawen, tup..tup, Allah jodoh kan kita dengan kawan baik kita, wahhh! kejutan tu.. bercinta lepas kawen indah tau (haha, belum mengalami lagi,,tapi ada tak macam berpengalaman?>.<")
 
Aku bagi lagi contoh, kenapa aku cakap couple ni haram. (ehhh! bukan aku yang cakap,) ^_^
Allah Swt melarang berbuat zina, Dalam sabda-Nya: 
"dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk." (Q.S. Al-Isra':32)
"dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak,  yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." ( Q.S. Al-Mu'minuun: 5-7)

Masa sekolah dulu, memandangkan aku sekolah agama. Peraturan dia tersangatlah ketat, tak boleh couple, tak boleh berdating, bila kena tangkap je comfirm kena bersanding depan tapak perhimpunan, fuhhh! sapa yang kena malu gilaa woo, bersanding depan cikgu-cikgu dan depan semua warga,pernghuni sekolah.. semua mata tengok. Tapi senakal-nakal aku, aku tak pernah kena tangkap lagi..hehe (bijak tak aku? ^_^)

Tapi!! itu kisah lama aku, sekarang Allah sedarkan aku, Dia taknak aku teruskan hidup dalam dosa.. Alhamdulillah..

Nak citer lagi. Lukman menasihati anaknya, "anakku, jauhilah dari berbuat zina, sebab awalnya adalah kecemasan, akhirnya penyesalan dan setelah itu azab." menurut hawa nafsu hanya akan memperoleh kesenangan yang bersifat semua yang pada akhirnya mengakibatkan penyesalan serta menjauhkan hubungan kita dari-Nya. Kebahagiaan dan ketenangan pada hakikatnya akan kita raih apabila kita memutuskan nafsu syahwatnya, sedangkan ia tidak mengerti bahwa ia memperbanyak sebab-sebab kesedihan dan kesusahan."

Dah faham, kenapa aku tak couple? ^_^ sekali lagi aku minta maaf..