Sunday 28 July 2013

eleh! ko ingat ko baik ke?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^
Hati aku tergerak untuk menaip satu, dua perkara yang perlu sangat aku nak tau..
oppppss! pasal tajuk atas tu, aku buat gempak sikit, sebab aku nak orang singgah kejap dan baca apa yang aku ingin tulis. Mungkin boleh di ambil pengajaran.

Dulu, aku seorang yang freehair, (pernah aku citer kat post aku yang lepas2). Bercouple pun aku pernah, suka tukar-tukar bf. Aku suka bagi gambar freehair aku dekat bf2 aku, tapi bila Allah dah bagi hidayah dekat aku, aku mula menyesal dengan setiap apa yang aku lakukan. Persoalan nya sekarang, adakah aku masih berdosa jika lelaki ajnabi menatap gambar aku yang masih freehair biarpun aku dah paksa buang tapi dorang tetap taknak buang? berdosa kah aku?? Facebook lama aku, aku pernah post gambar aku freehair tapi kena hack, aku tak tahu nak buat apa. Aku usaha nak ambil balik facebook lama aku, tapi tak dapat. So berdosakah aku bila orang tatap gambar aku yang freehair dekat facebook tu?

Ya Allah! kadang-kadang, aku buntu! hidup aku yang dulu penuh dengan dosa. Aku cuba untuk tidak mengingati kisah silam aku, tapi aku tetap tak dapat! Kadang-kadang, aku terfikir jugak. Ada ke lelaki yang nak perempuan macam aku? hahaha (kecewa).. Bak kata kawan aku, "kau senang je, bila kau dah bosan, kau petik je jari pasti banyak yang nak couple dengan kau." kata-kata yang tu lah yang membuatkan aku LUPA DIRI, aku rasa diri aku hebat! Tapi, sampai bila la semua tu,, hati aku tetap KOSONG. Disebabkan kekosongan tu, aku melangkah untuk terus mencari makna kehidupan. Bila aku dah dapat, aku dah isi hati aku dengan cinta Allah,, aku menyesal dan aku terfikir "nak ke orang terima aku bila orang tau kisah silam aku??".. 

Seorang bf aku, bila aku dah kenal cinta Allah. Aku minta putus, sedaya upaya dia taknak lepaskan. So aku cakap kat dia, kalau betul dia sayang aku, masuk meminang. Jumpa keluarga aku,. Boleh pulak dia cakap belum bersedia. Allah! sakit nye hati aku!!! Dan aku pernah citer kat post aku yang lepas2, ada hamba Allah nak jumpa keluarga aku. Bila aku tanya balik, boleh pulak dia cakap belum bersedia!! Aku tahu, susah orang nak terima aku.. hahaha (ketawa kecewa!)

berbalik kepada soalan aku tadi, berdosa kah aku?? (cek balik, apa aku tanya) ^_^

Nota kaki:
- aku harap, kepada remaja yang kat luar sana. cepat-cepat bertaubat. 
- jangan mudah sangat bagi gambar yang freehair, kan susah (cakap "PADAN MUKA KO")


Saturday 27 July 2013

Kenapa nak tipu?


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^_^
(tarik nafas dalam-dalam) Fuhhhh! menaip dengan jiwa yang kacaw..
Tahun ni beraya tanpa atuk, sekarang pun dah mula terasa kehilangan dia. Tahun ni kena pulak beraya kampung mak, nasib ada sorang lagi atuk ^_^

Apa-apa pun, itulah lumrah kehidupan. Nak menaip sangat pun, idea tengah takde..

Jiwa aku betul-betul bercelaru, iman pun mula turun naik je. Hidup aku mula tak teratur, Rasa nak je jerit.. Sebenarnya aku kecewa, kecewa dengan seseorang yang aku percaya fitnah aku. Fitnah tu hampir-hampir mengehancurkan hidup aku. Ya Allah! ramai keluarga aku  nasihat aku "jangan percaya sangat orang sekarang, kwn sendiri pun sanggup makan kawan" (uiiittttt.. puasa pun nak makan kawan jugak ke? :D ) hahaha, tapi aku ni kepala batu, aku degil. Sebab aku yakin pada Allah, aku tak kisah orang nak TIPU aku, orang nak SINDIR aku atau apa-apa je, tapi jangan sampai hancurkan hidup aku, Orang nak tipu aku, silakan. Aku tetap percaya, sebab aku tahu, dia bukan tipu aku tapi dia TIPU DIRI DIA SENDIRI.

Aku masih ingat, dulu aku terlampau percaya orang sampaikan apa yang aku luah, boleh pulak dia luah kat orang lain. Perasaan aku masa tu MALU sesangat. Tapi, sampai sekarang bila orang buat muka sedih sikit, mula lah timbul rasa kasihan dalam diri aku dan mula percaya, biarpun aku kena tipu. haha..

Tapi kan, aku pelik jugak. Apa eh yang dorang dapat bila tipu orang? yang aku tahu, dapat dosa ada la..

aku rasa, tu je mampu aku taip sekarang ^_^

Friday 26 July 2013

GA GIVEAWAY : Indahnya Islam by Nurul Nizam

assalamualaikum..
*KLIK SINI ! ^_^*
Alhamdulillah, hari ni join segmen lagi..
saya suka segmen ni, menarik. Berunsur islamic..
Indahnya islam,
islam memang indah andai kita betul-betul kenal konsep islam. Islam bukan hanya pada nama atau ic je!
islam yang sebenar-benar ialah kita patuh pada perintahNya!
jom ramai-ramai join!
tarikh tamat 26 JULAI 2013

Thursday 25 July 2013

bicara bergambar. ^_^



Dalam tak sedar, kita juga tidak terlepas daripada menggunakan perkataan 'Kalau'.
perkataan 'kalau' seolah-olah kita tidak terima apa yang Allah takdirkan untuk kita.


Monday 22 July 2013

bila marah apa yang kita lakukan??


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^_^


memaafkan memang tak akan mengubah Masa LALU tapi pasti akan mempermudahkan masa depan, DAN memaafkan dapat melegakan hati kita dari perasaan dendam.

Kadang-kadang, dalam tak sedar Allah hantar seseorang untuk sakit kan hati kita. Tahu tak kenapa Allah hantar seseorang yang suka sakitkan hati kita?? sebab Allah nak lihat sejauh mana kesabaran kita menghadapi setiap ujianNya. Bila kita disakiti pasti kita akan terasa hati bukan??
ingatlah! orang yang sakitkan hati kita dapat dosa, TAPI kita yang terasa bila disakiti lebih banyak dosa daripada orang yang sakitkan hati kita. Tahu kenapa?? sebab, bila kita terasa hati disebabkan ujian yang Allah kirim ke kita seolah-olah kita tidak dapat terima ujianNya.

Tips apabila kita dalam keadaan disakiti.
- Anggap orang yang menyakitkan hati kita seperti kanak-kanak yang akalnya pendek.
kenapa?? sebab, bila kita rasa nak marah, kita bayangkan dia seperti kanak-kanak , pasti kita akan mula rasa kasihan dan automatik kita mendoakan kebaikan untuk dia.

- anggap orang yang sakitkan hati kita, kata-kata yang dorang lempar anggaplah seperti gurauan kosong. Tersenyumlah, pasti dorang pulak yang terasa semakin sakit hati. Orang yang sakitkan hati kita, perasaan dorang penuh dengan perasaan marah. Bila kita lawan balik, apa yang terjadi?? pasti akan menimpulkan pergaduhan bukan?

Jadilah orang yang BAHAGIA, bila di sakiti masih mampu tersenyum ^_^

kuucapkan TERIMA KASIH atas NERAKA-Mu

Terima kasih kepada Allah, bukan hanya atas syurga-Nya yang membentang dan penuh keindahan. Anda tidak akan kekurangan tanah jika di syurga kelak. Namun terima kasih juga atas neraka-Nya yang sarat dengan penyeksaan dan binatang-binatang berbisa.

Terima kasih atas syurga, mungkin di anggap suatu perkara yang lumrah atau wajar, menzahirkan terima kasih adalah kesan berikut yang muncul sebagai tindak balas atas kebaikan dan pemberian yang menyenangkan.

Lalu, mengapa perlu berterima kasih atas neraka-Nya yang dicipta??
pertanyaan ini mungkin kedengaran agak pelik dan di anggap di ada-adakan.
secara sederhana, kita ucapkan terima kasih atas neraka-Nya yang mengherdik kita jika melakukan perlanggaran yakni maksiat. Ini menjadikan kita takut untuk membangkang perintah dan hukum-Nya di muka bumi. Yang menjadikan kita was-was untuk berbuat kesalahan. Dengan begitu, kita berjalan dalam jalan yang benar. Ancaman-ancaman Allah itu, janganlah sehingga menjadikan kita lebih membayangkan Allah SWT bengis dan kejam. Maha suci dan Maha tinggi Allah dari segala sifat rendah seperti ini.
Ancaman-ancaman Allah SWT dengan neraka beserta segala isinya yang serba menyeramkan, makanan berduri dan mendidih, air panas yang menjadikan kulit mengelupas adalah bukti kasih sayang-Nya agar kita tidak salah jalan dan tersesat.

Kalau boleh di umpamakan, neraka adalah ibarat pertunjuk jalan ketika menaiki kenderaan. di sebelah kanan dan kiri kita banyak penunjuk jalan yang isinya peringatan, contohnya "awas! kiri jurang,"  jalan banyak lubang, bukit curam, jalan sedang di baiki dan sebagainya.

Ancaman atau peringantan ini demi keselamatan perjalanan anda sendiri bukan dengan bermaksud agar anda masuk jurang, berlanggar, terbabas dan seterusnnya mati. sesekali bukan!!! begitu juga neraka, Allah ciptakan ancaman  itu agar anda selamat! BUKAN dengan  niat anda memasukinya!
Manusia memang pelik!! Ada yang menganggap "ketidakadilan, jika Allah mencipta neraka". bahkan dianggap sekadar mitos dan perbualan kosong belaka sehingga tidak perlu ditakuti dan di yakini..

sumber:
dari buku "dasyatnya kekuatan SYUKU, ISTIGHFAR,MUHASABAH"

nota kaki:
-kenapa masih ramai yang tidak sedar (gigit jari geram!)
-rasa nak hempuk kepala suruh dorang sedar! :D
-dunia hanya sementara!!! berhenti dari mengejar dunia!

eh?? maaf ^_^


Assalamualaikum ya akhi wa ukhty..^_^
sekarang aku kembali dengan semangat yang baru.. kakak2, abang2, adik2 yang selalu singgah blog ni. Aku minta maaf ya ^_^.
sebenarnya, semangat aku hilang selepas aku tahu sepupu aku meninggal, aku rasa macam ada je yang tak kena. Nak menaip sangat pun rasa masih penat, lama tak jenguk blog yang aku selalu stalk, nanti ada masa aku jenguk. ^_^



Thursday 11 July 2013

7 Days Segmen With Simplesyara

Assalamualaikum ^_^
KLIK SINI ^_^
Join segmen ^_^ , segmen ni 7 hari je.. :) Esok tamat, :D

Senarai Hadiah 
  1. Badges x 15 pemenang
  2. Skirt Stylista x 1 pemenang
  3. Tasbih Digital x 3 pemenang
  4. AQURA Bath Soap x 3 pemenang
  5. Keychain x 2 pemenang
  6. Tudung Bawal x 1 pemenang
  7. Brooch x 5 pemenang
  8. Keychain Nama x 2 pemenang
  9. Rasha Chiffon Shawl x 3 pemenang
  10. Donut Keychain x 2 pemenang
  11. Keychain Felt Love x 1 pemenang
  12. Keychain Felt Nama x 1 pemenang
  13. Bookmark Felt x 1 pemenang
  14. Hadiah Misteri x 5 pemenang
  15. Shiseido Mask x 4 pemenang 
  16. Tudung Bawal x 3 pemenang

excited.. hihi

Assalamualaikum ^^,
Tarawih malam yang ke 2 dan ke 3,,  nak tahu apa yang aku alami? haha..
ok2, malam ke 2 aku tarawih dekat surau berdekatan rumah aku, haaa.. Tahu tak, itulah fist time aku jejak kaki lagi dekat surau selepas 2 atau 3 tahun kot aku tak jejak kaki kat surau berdekatan rumah aku, tipulah kalau aku cakap aku fist time dalam hidup aku jejak kaki kat suraukan. Sebelum ni nak jejak kaki ke surau pun payah dah tahu kenapa kan? hihi ok, aku tolong jawab, di sebab kan aku masih jahil lagi masa tu, puasa lepas pun aku tak pergi surau. Masa nak pergi tarawih malam yang ke 2 tu, rasa macam baru jejak kaki ke surau, jalan kaki pergi surau bila dah samapi depan surau, excited gile la masa tu sampaikan aku berdiri lama depan pintu surau, orang yang duduk luar masa tu semua toleh pandang aku, dorang pelik kot tengok aku tercegang lama kat depan pintu, bila aku toleh ke belakang ya Allah! ramai lagi yang tunggu aku nak gerak ni, tiba-tiba makcu dari belakang terus jalan, laju dia jalan masuk surau. Aku yang masih tak gerak lagi cepat-cepat kejar dia.. hahaha malu! >.<

Tarawih malam yang ke 3 pulak, aku tarawih dekat masjid, Almaklumlah malam jumaat kan ^_^. Tarawih dekat masjid, aku dengan nenek. Masa masuk masjid pulak aku tiba-tiba boleh jadi blur. hahaha. Aku ikut je nenek, mata aku tak lepas tengok jemaah dalam masjid. Aku macam rasa di perhatikan, haha.
Sebenarnya kan, aku seorang yang pemalu. Bila aku sorang je nak pergi masjid, jangan harap lah aku nak pergi. Aku sanggup tunggu nenek ajak pergi masjid, tapi nenek cakap malam jumaat je pergi masjid, ok aku tak kisah ^_^

sebenarnya ini lah pengajaran untuk aku, siapa suruh kaki ni berat nak pergi surau. Apa-apa pun, kita semua ada pengalaman yang tersendiri kan ^_^

Aku kagum tengok budak-budak pergi solat tarawih, dorang ikut sampai habis. Sama jugak macam orang tua yang nak bergerak pun payah, dorang tarawih sampai habis.
Aku tengok nenek aku, ya Allah! payah nye dia nak angkat berdiri lepas tu duduk lagi, Aku tnya dia "nek larat ke?" apa dia jawab. "bukan selalu pun solat lama macam ni," lepas tu dia senyum, Semangat nye dia nak habiskan, Ramai yang muda-muda bila dah rakaat yang ke 8, angkat terus balik..
bukan selalu solat terawih ni sebulan je.

Wednesday 10 July 2013

maaf menyepi ^_^


Assalamualaikum kawan-kawan salam ramadhan ^_^
Maaf lambat menaip, 2 3 hari ni menyepi je sebab banyak fikir :D
Facebook pun aku dah deaktive, nak menghilangkan diri bulan ramdhan ni ^_^ (eh! apa yang aku merepek ni?) hihi..

BERUBAH TU SENANG, ISTIQOMAH TU PAYAH!

kenapa??? sebab ada sebahagian kawan aku dah give up! dulu kami sama-sama berubah, sama jugak dengan someone yang pernah ajar aku tentang erti sabar. Dia jugak dh give up! Ya Allah, aku jugak pernah hampir-hampir give up, tau kenapa?? sebab dalam diri aku masih ada setitik kelemahan. Aku pernah tanya kat diri aku sendiri "adakah perubahan aku akan kekal?" 
tu bukan sebab utama aku hampir give up. Tapi sebab cinta aku kepada Allah kurang berbanding cinta aku kepada manusia. Bila kita cintakan manusia kita akan rasa seolah-olah ujian yang Allah bagi kat kita sangat berat, Allah hantar manusia untuk kutuk kita, perli kita. Tahu tak? manusia itu adalah perantaraan Allah untuk uji iman kita. Bila kita cintakan Allah melebihi cinta kita kepada manusia, kita akan rasa kemanisan ujian Allah. Akan terdetik dalam diri kita kekuatan untuk terus istiqomah.

aku masih ingat lagi kata-kata seorang kawan aku, kami sama-sama berubah tapi dia bukan seorang yang free hair macam aku, dia seorang yang bertudung tapi tidak menutup aurat. Faham tak? hihi 

Dia: along, aku nak berubah.
aku: Alhamdulillah..
Dia: tapi aku nak berubah jadi free hair.
aku: (hanya mampu berdiam, terkedu)
Dia: aku tahu, kau akan cakap semua yang berlaku adalah ujian, tapi aku tak setabah kau. Aku tak kuat.
Terus aku berlalu tanpa sepatah perkataan pun, aku hanya mampu berdoa, masih tidak layak rasanya aku nak menasihat sesiapa sebab aku pernah kena perli sebab bagi nasihat.
"alah, kau pun sama jugak. Macamlah kau takpernah buat macam ni. Pakaian kau pun sama jugak."

Di sebabkan tu lah, aku dah jarang nak bagi nasihat apatah lagi nak tegur. Bila aku tegur elok-elok mula lah kisah silam aku di ungkit. Tahu tak? sedaya upaya aku ingin lupakan semua yang pernah aku lakukan.

Sekarang, aku tak tahu dah macam mana aku nak bagi semangat kat kawan-kawan aku. Aku pernah hampir kembali kepada jahil disebabkan tidak tahan kena perli, tapi cepat-cepat aku sedar. Ayat penguat untuk aku terus bertahan "TIADA YANG MUDAH MELAINKAN APA YANG ALLAH PERMUDAHKAN"

so sekarang, kepada kawan-kawan yang ingin berubah. Berubahlah kerana Allah, bila dah berubah teruskan istiqomah. Anggaplah setiap ujian Allah, adalah satu cara untuk kita terus dekat denganNya.

Heyyy! jangan bila dah kena uji terus nak give up. Ingat, sekali kita melangkah ke hadapan, teruslah melangkah bila kita dah melangkah jangan sesekali menoleh kebelakang jika kita tidak kuat! jika ingin menoleh kebelakang jugak pastikan kita betul-betul dah kuat.

Nota kaki:
  •   maaf agak tidak tersusun, masih banyak yang aku fikirkan :P

Monday 8 July 2013

2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KENERAKA!


Assalamualaikum.. 
sekarang idea nak menaip takde, so aku nak kongsi sedikit apa yang aku baca..^_^

2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KENERAKA!

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu perayaan, dimana seorang wanita di lantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasululluh SAW. Tujuannya untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus kepada kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di baabun nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, bilal memanggil Rasululluh SAW. Baginda pun pergi kesana dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamualikum.. wahai kaum wanita. Aku melihat kamu lebih banyak di neraka."
seorang wanita lalu bangun dan bertanya.
"Apakah yang menyebabkan demikian? adakah sebab kami ni kufur?"

Rasululluh menjawab.
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok dan boleh menjerumus kamu ke neraka:
1. kamu banyak mengutuk/ menyumpah.
2. kamu kufur kebaikan suami.

maksud mengutuk/ menyumpah ialah seperti contoh ini.

contoh 1: katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin akan berkata, "Driver ni dah mampus agaknya." perkataan mampus itu termasuk  dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah.

Contoh 2: tengah memasak, gas habis. Kita mungkin akan berkata. "celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis" Yang maksud kufur disini bukan kufur itiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah di tunaikan oleh suami.

Rasululluh SAW bersabda:
"mana-mana istri yang berkata 'Awak ini, saya tak pernah nampak satu pun kebaikan awak'. maka akan gugur pahala-pahala amalannya.

Saranan Rasululluh yang seterusnya ialah menyuruh  kaum wanita banyak istighfar dan bersedekah kerana dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang menjerumus kita ke dalam api neraka seperti disebutkan tadi.

Sumber: Kisah benar.

Sunday 7 July 2013

permulaan ^_^

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, baru dapat menaip lagi.. semalam sibuk sesangat. Pagi tadi rehat jap penat.. Nak sambung macam mana aku mula pakai pakaian yang menutup aurat.
Sebenarnya aku sendiri tak sangka aku boleh berubah sampai menutup aurat, bertudung labuh dan berniqab bagai. Sometime tu aku rasa "eh, aku ke ni?" kenapa aku tak percaya? sebab sebelum ni aku tak pernah pakai tudung labuh. TIPU! (hahaha) memang pun, aku pernah pakai tudung labuh masa tingkatan 1 je, tingkatan 2 hingga 5 aku gunting tudung aku bagi nampak pendek. Tiap kali mak beli tudung labuh, aku gunting, sehinggakan mak cakap dah taknak beli dah tudung labuh untuk aku.. So, bila ada cek tudung labuh mula la gelabah semacam. Sebenarnya bukan tudung aku je yang aku gunting, tudung adik-adik pun aku gunting biar nampak pendek. (kakak yg jahat! =.=") 
Bukan tu je, dalam sekolah aku bertudung bila dekat luar sekolah tudung melayang. Solat pun on off je, bila rasa nak solat aku solat. Sebab tu aku tak percaya aku boleh bertutup aurat dah sekarang. Selalu bila depan cermin, aku akan termenung kenapa aku boleh berubah. Kenapa dulu aku aku taknak berubah macam sekarang? kenapa aku taknak gunakan keistimewaan yang Allah dah bagi kat aku, Allah bagi aku peluang sekolah kat sekolah agama. Jahatnya aku dekat Allah. Alhamdulillah Allah masih sayang aku, Dia bagi aku pertunjuk sehingga aku sempurna menutup aurat.
 Permulaan aku menutup aurat dulu memang mencabar, Mula-mula aku memang tak selesa, kerana Allah aku usahakan. Fist aku berubah aku rasa memang agak mencabar, bagi aku memang la sebab nya aku kena pakai baju longgar yang menutup aurat, kena pakai tudung labuh lagi, kena pakai sarung tangan, kena pakai stokin dan kena jaga pergaulan yang paling penting jaga mulut aku supaya tak mencarut bagai.
mula-mula tu aku pakai baju longgar tapi seluar masih ketat. Allah! memang tak selesa, macam badut pun ada. Takpe, aku usaha. Masa tu aku masih belom ada seluar longgar lagi, seluar tu seluar free hair aku. Agak lama jugak aku pakai macam tu, lepastu aku cuba pulak pakai stokin. Uwaaa! tahu tak apa aku rasa? Aku rasa macam lepas berpantang, nasib masa tu bukan aku sorang, sepupu ada. so bila aku rasa macam tu, rasa nak je tanggal, ketawa memang tak lepas la, sampai rumah ketawa. Sakit perut ketawa, sepupu cakap "orang lain tak tengok pun, kita dua je rasa macam tu" hahaha.. mana taknya, stokin yang kami 2 pakai stokin bewarna..
Masuk bulan 4, aku mula pakai seluar longgar yang tak nampak bentuk kaki. Ya Allah! aku rasa tak selesa, Almaklumlah sebelum ni pakai seluar ketat. Tudung pulak aku pakai shawl bertabarujj pulak, nak buat macam mana dah biasa, sikit-sikit aku usaha buangkan. Beberapa minggu lepas tu aku pakai tudung labuh, cayalah! memang macam ustazah pun ada! Kena perli bagai memang tak lepas punya, yang penting kena pekakkan telingga mohon pada Allah bagi kekuatan.
Masuk bulan 5, aku mula jahit niqab. kekuatan aku untuk berniqab memang kuat, seminggu lepas niqab siap aku call mak. Aku pernah cerita dalam post aku yang lepas. 
So sekarang Alhamdulillah aku dah berniqab..


Wednesday 3 July 2013

hidayah Allah


Assalamualaikum kawan-kawan, tahu tak kenapa aku buat blog? comfirm la tak tahu kan.. ^_^, memang aku akui (skema je bunyi) hihi.. ok berbalik ke topik, aku buat blog ni sebab aku nak coret kisah hidup aku dan nak berdakwah dan nak kenal kawan-kawan dalam alam maya ni. (ok2 bukan semua kisah hidup aku kena syere ok!) dan kenapa pulak aku rajin nak menaip pagi ni, haaa! itulah sebab nya.

sejujurnya, pagi ni aku dilanda kemalasan nak menaip, betul aku malas. Tapi Allah bukak hati aku untuk menaip, sebenarnya plan aku nak menaip macam mana aku mula dapat hidayah tapi disebab kan malas, aku rasa lain kali je kot, Tapi tadi aku tergerak hati nak buka facebook kawan aku. Nak tahu dia tulis apa? sebenarnya aku baru perasan ^_^

memang betul apa yang kawan aku cakap, setahun yang lalu aku seorang yang free hair. Solat pun sama macam dia on off, kadang-kadang tu tak solat langsung, kadang-kadang ada jugak orang cakap.

"harap je sekolah agama."
betul, aku sekolah agama 5 tahun, 5 tahun aku kat sekolah agama, banyak yang ustaz dan ustazah ajar. Banyak sangat jasa mereka kat aku tapi aku je yang nakal taknak dengar apa dorang cakap, JANGAN SALAHKAN ustaz atau ustazah yang ngajar tapi salah diri aku yang taknak dengar! Aku tahu hukum dedah aurat, aku tahu dosa tinggal solat. aku tahu, bukan aku tak tahu.
'kenapa buat jugak?'
haaa, tu la dia, darah remaja suka memberontak. Aku manusia biasa bukan malaikat, aku tergoda oleh bisikan syaitan yang suruh aku buat tu buat ni, Allah suruh ada aku ikut? Banyak dosa aku kat Allah. Alhamdulillah Allah bagi aku hidayah..

Eh! hidayah Allah tu dari kita bergelar hamba Allah dah ada cuma kita je yang buta, masih nak buat jugak. Kenapa degil sangat nak ikut apa Allah suruh? tu la dia darah remaja aku,.

Mula aku berubah Tahun 2013, sebenarnya hati aku mula tergerak nak berubah tahun lepas tapi aku degil.

2012, bulan 11 aku suka on facebook,,  aku on facebook ni sebab nak baca post islamic kawan-kawan tapi sebenarnya aku sedih jugak sebab kebanyakan post mencarut, sikit je kawan-kawan post islamic. Aku buka fanpage islamic lepas aku baca aku syere. Hari-hari aku on facebook buat benda yang sama, satu hari tu aku nak syere apa yang aku baca tiba-tiba aku ternampak status post kawan "jadilah diri sendiri jangan jadi munafik" Allah, betul-betul aku sedih, lepas dari tu aku jarang dah. Sebenarnya dari situ je aku nak tarik diri aku untuk terus dekatkan diri dengan Allah. Almaklumlah kawan-kawan aku ramai yang macam aku, free hair. Aku masa tu masih kerja, kerja kat kedai buku, masa kerja aku pakai tudung, balik kerja tudung melayang, so masa kerja ada orang cina selalu lepak dengan aku. Macam-macam soalan agama dia aju kat aku, nasib aku bekas sekolah agama tahu la jugak, ingat apa yang ustaz dan ustazah ajar. Dia tanya kenapa orang islam pakai tudung? aku cakap'Allah yang suruh' (terkena sebijik kat muka aku!) sebenarnya macam-macam dia tanya, yang paling mengelikan hati aku, dia tanya. Orang islam di tanam kepala ke atas ke?.. masa tu nak jugak tergelak, 'aku cakap tak. haha..ok, banyak sngat kalau aku nak taip.

2012 bulan 12, aku berhenti kerja. Aku selesa sebanarnya kerja kat situ, bos aku tu jenis yang owsem. Jarang nak marah kat aku, Tapi kerana Allah aku berhenti, aku nak kejar hidayah Allah. dngan cara tu je aku mampu, Aku balik rumah kakak sepupu, sebab dia je mampu tolong aku nak berubah. Satu hari tu aku cakap kat dia aku nak berubah, aku nak pakai tudung, aku nak solat tapi tunggu tahun 2013 (hihi). Aku taknak lah pakai tudung macam tudung saji tu, kejap buka kejap tutup. Bulan 12 langsung aku belum bertudung, baju pun tak cukup kain.
Bulan 12 tu masa aku nak cari kerja baru, dia pun sama. Tiap hari cari, penat jugak.

masuk tahun 2013, masa tula aku kena pakai tudung, tapi aku cakap kat sepupu aku, aku belum bersedia nak pakai tudung. Tapi dia suruh jugak, so dengan berat hati aku pakai tudung dan memandangkan aku pernah janji nak pakai tudung tahun 2013. Masa keluar tu ada la jiran perli aku, aku cakap kat sepupu aku, aku nak balik buka tudung. Lemahnya semangat aku masa tu, aku nak nangis je rasa tapi sepupu bagi aku kekuatan dan nasihat. Alhamdulillah, mulai hari tu aku dah pakai tudung, solat pun mula terjaga.

Dengan izin Allah, Allah bagi kami rezeki. Aku dan sepupu dapat kerja, kerja tu senang je. Tak menjejaskan perubahan aku langsung ^_^, selepas dapat kerja, so beberapa hari kerja tak sangka rezeki Allah bukan sampai situ, ada beberapa orang jumpa kami tanya dah dapat kerja? kalau belum tempat dia ada kerja kosong. Bukan sorang je, kalau tak silap 3 orang. Alhamdulillah. Tapi masa tu aku masih belum tutup aurat dengan sempurna, macam remaja kat luar sana ramai yang pakai tudung tapi berapa ramai yang tutup aurat?? haaa! tu la aku, masih permulaan. Tapi tudung dah tak lepas dah, still pakai kalau nak keluar.

bulan 2 tahun 2013, di takdirkan aku demam seminggu, Allah rasa seksa tu aku rasa macam nak mati. Malam masa aku demam aku selalu mimpi aku mati, siang pulak aku rasa macam jasad aku je yang hidup. Siksa sesangat. seminggu aku tahan demam tu, 3 kali jumpa doktor. Tu hidayah Allah kat aku suruh berubah sebelum ajal menjemput.
seminggu lepas aku demam atuk sakit. Ya Allah, dugaan untuk aku.  Atuk di hantar pergi hospital, aku sempat jaga dia 2 hari, kalau tak silap aku. Tanda-tanda dia nak pergi tu dah ada,.

28.02.2013 dia menghembuskan nafas yang terakhir, tarikh tu tarikh lahir sepupu aku. Sedih la jugak.

arwah di bawa balik kampung, 01.03.2013 arwah di kuburkan. haaa, masa tu lah sekali lagi Allah bagi aku hidayah, Masa arwah nak di tanam tu, tiba-tiba satu perasaan yang lain aku rasa. Dalam hati aku "kalaulah arwah tu aku, tak sempat aku nak bertaubat." Allah! sehari lepas tu aku pergi bandar, beli baju longgar dengan duit yang aku ada,. so, mulai dari hari tu aku berazam nak berubah, Tapi ambil masa yang agak lama.

nanti aku cerita lagi permulaan aku berubah pakai pakaian yang menutup aurat. 





rindu ^_^


Assalamualaikum kawan-kawan, ^_^ 
banyak benda aku nak kongsi, aku nak kongsi cerita macam mana aku mula dapat hidayah, hmm.. tapikan, aku rasa lain kali la kot :) hihi..


nampak tak gambar tu? tak nampak sangatkan tulisan dia, haaa.. tadi aku pergi situ, lama dah tak jejak kaki ke situ, mana eh? tu la sekolah aku dulu, setahun dah tak jejak kaki ke situ . SMK AGAMA IGAN, aku bekas sekolah agama, tapi perangai aku ada macam #$%^ sikit la, nakal. Keluar dari sekolah, perangai aku makin terok, sebab tu Allah bagi hidayah kat aku suruh kembali ke pangkal jalan.

Aku rindu sesangat kat junior aku, dulu aku selalu jugak pergi situ lepas tamat sekolah tapi semenjak kerja jarang dah. Aku rindu sesangat dengan telatah dorang, bila nampak je comfirm dorang jerit "kak, rindu la."
tapi junior yang rapat dengan aku dah tamat sekolah baru tahun ni, Tadi kawan adik-adik je banyak kenal aku, tapi dorang bukan panggil aku, dorang panggil "iema ke?" haha, tu la adik aku, alang dia muka sebijik macam aku, kadang sampai orang cakap kami kembar. hellooww, kami bukan kembar..


ni aku zaman hingusan dulu, masa tingkatan satu. baru nak masuk sekolah menengah Agama, duduk hostel pulak tu..=.=" 

sebenarnya aku rindu sesangat kat SMK AGAMA IGAN, bila jejak kaki ke situ tadi, sebak rasa hati.

ok-ok, tu je aku nak kongsi malam ni ^_^



Tuesday 2 July 2013

i love hatters..:)

 Jom layan ^_^ i LOVE HATTERS! :)


videoMrTheAllshared 


Allah sweet kt kite


layan jap ^_^


video MrTheAllshared·

aku suka semua video dorang, dakwah dorang mngikut peredaran zaman. ^_^

Monday 1 July 2013