Wednesday 14 August 2013

belajar untuk jadi stalker ^_^

Assalamualaikum...^_^
Sekarang aku belajar jadi stalker sudah :D, uittts! bahaya nye. hehe..
setiap manusia perlukan cinta, macam tu jugak aku. Semua orang ada cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada ibu bapa dan cinta sesama makhluk. Islam tak larang kita bercinta, yang islam larang adalah bercouple iaitu mendekati zina, mencintai dalam dia sangat seronok, mencintai seseorang tu dan automatik setiap sujud, mendoakan kebahangiaan dia. (lain macam je post aku kali ni ^_^).
Dari dulu sampai sekarang aku belajar jadi stalker, sebab aku nak tahu perkembangan orang yang aku cinta. Agak-agak siapa ye? dia hamba Allah yang sangat aku cinta selain daripada ibu bapa aku, hati aku tak pernah berubah dari aku kenal dia sehinggalah sekarang. ehh jap! Agak-agak, ada tak dia jadi stalker blog aku? aku harap dia tak baca apa yang aku tulis, kalau dia baca malu la aku. Aku seorang yang pemalu (la sangat :D ) Wahai hamba Allah, harap awak tak singgah dan baca blog aku eh. >.<"..
Dulu aku pernah cakap kat diri aku, "aku tidak akan mencintai dia yang cintakan aku, tapi aku akan mencintai dia yang Allah jodohkan untuk aku." tapi semua tu dah tersasar, setiap hari aku minta kat Allah supaya Allah tetapkan hati aku, minta Allah jauhkan hati aku dengan dia. Seminggu, 2 minggu dan dalam jarak masa yang singkat aku mampu lupakan dia, tapi tak lama lepastu aku ingat dia balik. Bila aku dah lupakan dia, tiba-tiba dia wujud pulak dalam mimpi aku. Aku tak tahu, perlu ke aku cemarkan hati aku dengan mencintai dia?  Dia hamba Allah yang pertama aku cintai selain keluarga aku.
Dari kecik aku kenal dia, keluarga dia kenal aku dan macam tu jugak keluarga aku. Keluarga dia dan keluarga aku sama nak jodohkan kami. Sebelum aku kenal dia lebih rapat, aku seorang yang agak kasar, bila bercakap dengan orang tua, aku tak hormat. Bergaduh, ponteng kelas, suka kacau budak-budak, dah biasa bagi aku, tapi bila aku semakin kenal dia, dia nasihat aku supaya bercakap jangan kasar sangat. (haha, malu arr nak citer..) Lepas aku semakin rapat dengan dia, ramai kawan-kawan tegur aku, dorang cakap aku semakin berubah >.<.. Aku pernah couple dengan dia, Tapi dia bukan orang pertama couple dengan aku. 
Yang peliknye, kenapa aku boleh cintakan dia sampai sekarang kan?? haaa! sebab dia selalu ada untuk aku, sebab dia ubah aku jadi seorang perempuan yang pandai jaga adab, tak kasar lagi.
 Kami dah break 4 tahun lepas
. Dan dari situ mulalah kisah perubahan aku ke arah yang semakin terok, aku guna pakej yang Allah bagi pinjam kat aku. 4 tahun, masa yang agak panjag tapi kenapa tetap dia yang aku cinta???
Keciknye ruang hati ni,. Dulu sehingga sekarang, hati ni tak pernah berubah untuk terus mencintai dia. Melupakan dia sangat susah rasanya,. macam mana nak lupakan orang yang kita cintai??? 

Bila aku dengar lagu nih, mesti automatik aku rindukan awak!!

Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpa mu
masih tanpa mu

Bila esok hari datang lagi
kucoba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu..Ooo..meski tanpa mu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan..

suara dengarkanlah aku
apa khabarnya pujaan hati ku
aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hati nya
Suara dengarkanlah aku
Apa kah aku selalu di hatinya
aku disini menunggunya
masih berharap didalam hatinya

dan nih pulak lagu lepas break! ^_^

LAgu kita! ^_^

Deras hati ku berdetar
di langit aku terlihatkanmu
terang malam.. teman kita
dengan angin meniup sayu
ku petik gitar akustik ini
dengan harapan dia mendengar
melodi indah yang ku cipta
hanya untuk luahkan rinduku padanya
Chorus:
Dan aku terus
menyanyikan lagu ini untuk mu
walau berjuta mendengar
lagu ini hanya untuk mu
arah hidup kita
digambar bintang di angkasa
dan berkelip melukis cinta
terciptalah lagu kita
Melodi indah yang ku cipta
HANYA UNTUK LUAHKAN RINDUKU PADANYA.

-lagu aizat, kalau hamba Allah nih baca post aku yang ni, mungkin dia akan tahu yang aku sangat-sangat tak boleh lupakan dia, Aku dah usaha. macam-macam aku usaha untuk lupakan dia. Tapi dengarlah wahai hamba Allah, hati ni Allah ciptakan ruang dia kecik je, hati ni yang tanggung semuanya!! aku dah paksa hati ni untuk lupakan awak. 
Wahai hamba Allah, setiap hari aku berdoa supaya Allah bagi aku hilang ingatan supaya aku tak ingat awak lagi!! 4 tahun dah masa berlalu, tapi kenapa hati ni tetap pilih awak??? 
Cepatnya air mata ni jatuh bila rindukan awak! manaip ni pun boleh pulak air mata ni mengalir. 


5 comments:

  1. fitrah sbg manusia :')
    jemput baca entry ini .
    http://tyahfatisyah.blogspot.com/2013/08/kerana-dia.html
    mungkin kta sma :')

    ReplyDelete
  2. Cinta dan Jodoh adalah rahmat yang Allah berikan kepada manusia dan juga merupakan ujian untuk manusia. Harungilah dgn tenang, dan harungi dengan mengelakkan zina dan permusuhan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. fitrah manusia jatuh cinta :) tapi peliharalah cinta itu :)

    ReplyDelete
  4. he3..kalau mcm ni..kenalh kawin cpat2..bia hti 2 xrunsing..bru lebih dkat dgn Allah =) xslah pn kalau kawen muda..yg pntg jd batas dlam pergaulan..

    ReplyDelete
  5. wahh love story, so sweet baca entry ni. btw, beseloh de prasaan cinta kat someone. fitrah namanya tu. mira doakan yang terbaik ye. :) biar lah Allah yang jga hati kita, klu jodoh tak kemana ye dok. hehe :)

    ReplyDelete